~ Rayha Farzana ~ Dyan Raeqal Kemalangan ngeri yang menimpa kedua ibu bapa Rayha menjadi sebuah tragedi yang menyakitkan disaat usianya 17 tahun. Kehilangan Dato' Ruhil dan Datin Haziah menjadi mimpi ngeri untuk Rayha disaat dirinya hanyalah putri tunggal tanpa saudara mara dari belah ibu bapanya. Encik Zahid yang merupakan orang kepercayaan papanya diberi amanat untuk menghantar Rayha ke Istanbul, Turki yang merupakan tempat lahir Dato' Ruhil sebagai tempat pengajian Rayha disana. Dyan berlari masuk kedalam pejabat miliknya untuk menyambut panggilan telefon dari ibunya Puan Rafikah. Baba nya dihantar ke hospital akibat serangan jantung buat kali kedua. Dia menyuruh PA nya membatalkan jadual nya pada hari ini untuk ke hospital. Amanat yang disampaikan oleh Uncle Zahid dari arwah papanya buatkan dia terdiam seribu bahasa. Dyan meraup wajahnya berkali-kali setelah Baba nya mahu dia menikahi Rayha yang merupakan anak arwah kenalan baba nya. ~Be my wife.. I will take care of you untill my last breath.. Ti Amo, Mia Bella.. -Dyan Raeqal