𝐙𝐀𝐘𝐍 𝐀𝐋-𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃 ✦ 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐘𝐘𝐈𝐒𝐀
Hampir 4 tahun menjalin cinta dengan sang kekasih, hati Kayyisa mula dijentik sesuatu. Hubungan yang selama ini penuh dengan bunga-bunga cinta, tiba-tiba diganggu perasaan asing. Lalu membuatkan Kayyisa tertanya, apakah hala tuju percintaan mereka sepanjang tempoh yang agak lama itu sebenar-benarnya?
Mereka cinta sama cinta, sayang sama sayang. Tapi, Kayyisa masih rasa ada ruang yang kosong di dalam hatinya. Dan hal itu menggerakkan dia untuk pulang mencari Tuhan.
"Tolong saya, Hajar. Saya nak berubah. Saya nak dekat balik dengan Allah." - CINTA KAYYISA
Pabila dia akhirnya mengambil keputusan untuk berhijrah, dada dilapangkan untuk melepaskan Airil. Walau jauh di lubuk hati, Kayyisa masih punya cinta dan sayang untuk lelaki itu.
"Then, let's get married if that's what you want." - AIRIL ZAKWAN
Tika diri sudah ada niat untuk berundur, Airil pula tiba-tiba minta disatukan. Mengapa baru sekarang? Sedangkan sebelum ini, berjuta alasan yang diberi untuk mengelak. Bagi lelaki itu, bercinta lama pun tak apa selagi adanya setia.
"Abi nak satukan Kayyisa dengan Fayyad. Abi yakin, dia lelaki terbaik untuk puteri abi." - ENCIK HASAN
Kayyisa tersepit. Di antara kemahuan diri dengan kemahuan abi, yang mana satu terbaik untuk dirinya?
"Saya tahu, saya bukan lelaki yang terbaik. Tapi, saya akan cuba jadi yang lebih baik untuk bakal isteri saya, Cinta Kayyisa." - ZAYN AL-FAYYAD
Andai sebuah pengorbanan bisa membahagiakan yang tercinta, dia rela terluka, demi mengikhlaskan dua jiwa berbeza rasa bersama.
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚
Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana.
Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus!
"Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA
Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta.
"Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID
Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri.
"Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID
"Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA
Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul!
Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya.
"Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid."
⚠️ No Plagiarism Allowed