Permata Dareen [OG]

Permata Dareen [OG]

  • WpView
    Reads 1,124
  • WpVote
    Votes 179
  • WpPart
    Parts 25
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Apr 12, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Aisy Rihana. Di mata orang lain, dia adalah gadis yang selalu tampak beruntung dan bahagia. Namun, di balik senyuman itu tersembunyi luka lama, ada trauma masa kecil yang disimpannya rapi. Tidak mudah baginya untuk membiarkan orang lain masuk ke dalam hidupnya. Takdirnya berubah ketika ibu tirinya membuat satu keputusan besar. Aisy bakal disatukan dengan seorang lelaki yang tidak pernah disangkanya-bosnya sendiri. "Aku nak kau kahwin dengan Fayyadh." "Aku tak kisah kau setuju ke tak, tapi aku tetap akan satukan kau dengan Fayyadh." Dareen Fayyadh. Dia tahu bahawa Aisy hanya menerimanya kerana terpaksa. Dia juga sedar, perjalanan untuk masuk ke dalam hati Aisy bukanlah mudah. "Aisy Rihana, saya tahu awak terima saya kerana terpaksa. Tapi, tolong... cuba buka hati awak untuk saya. Saya takkan paksa. Percayalah, saya akan cuba sebaik mungkin untuk bahagiakan awak. Saya akan bimbing awak ke arah yang lebih baik." Walaupun pada mulanya sukar, akhirnya Aisy menerima Dareen. Hidupnya perlahan-lahan berubah menjadi lebih bahagia bersama Dareen. Namun, kebahagiaan itu tidak bertahan lama. Dareen mula menerima ancaman dari seseorang yang memaksanya menjauhi Aisy. Ancaman demi ancaman diterimanya, hingga orang tersebut melakukan sesuatu yang tidak pernah disangka. Siapakah 'orang itu'? Apa sebenarnya yang dia inginkan dari Dareen? Dan bagaimana nasib hubungan Aisy dan Dareen di penghujung cerita? •Dilarang plagiat⚠️❗ •Kalau ada typo, tegur tau (◡ ω ◡) •Alang-alang dah singgah baca cerita ni, vote & komen lah..bagitahu cerita ni macam mana(~ ̄³ ̄)~ •Lurve sangat-sangat orang yang support xeisy!♡
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • THB [Treat Her Better]
  • 𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!
  • Cinta Disebalik Awan: Seribu Makna
  • BIDADARI MILIK DIA
  • XINGAN MILIK MAFIA (COMPLETE)
  • DIAN UNTUK DIANDRA |  TERBIT
  • Love, Aish Rayhan | C
  • 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐞𝐫𝐬𝐢𝐬𝐚

Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum. "What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap. Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini. "Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?" Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu. Sayang? Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam diri untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu. Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki. ...... Nak tahu kelanjutan kisah mereka, jangan segan-segan untuk singgah ke sini... Selamat Membaca "Treat Her Better"

More details
WpActionLinkContent Guidelines