DUDA TIGA HENGGET [EBOOK]

DUDA TIGA HENGGET [EBOOK]

  • WpView
    LECTURAS 116
  • WpVote
    Votos 7
  • WpPart
    Partes 1
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación dom, oct 1, 2023
WpInfo
Ficción
Romance
Kata orang, menjadi duda tidak sesukar memegang gelaran janda. Ternyata itu juga meleset. Parah juga menjadi duda yang hidup sederhana. Lainlah kalau duda kaya, petik jari saja, sudah ada yang menunggu ingin menjadi ratu. Hail Amir, lelaki sederhana yang hanya manis paras rupa. Dipandang unik hanya kerana namanya seperti penyanyi. Dia dilamar mak cik penjual nasi lemak dan lauk pauk yang dilanggan saban hari untuk dijadikan suami kepada anak gadisnya. "Aduh, mak cik. Seganlah saya. Kalau anak mak cik tolak, malulah saya. Mak cik janganlah berharap sangat." HAIL AMIR "Jangan risaulah. Mak cik hanya mencuba. Hajjar mesti suka. Mak cik berkenankan kamu, Amir." - MAK CIK HAMIDAH. Benar dugaan Amir, anak gadis Mak Cik Hamidah menolak lamaran ibunya sendiri. Katanya pelik bila timba pula yang mencari perigi. "Saya tak naklah. Awak tu entah-entah ada anak ramai. Senang awak kahwin dengan saya untuk jaga anak awak aje. Sorry eh, saya tak berminat. Mentang-mentang ibu bagi awak beli lauk tiga ringgit, awak nak ambil kesempatan. Duda Tiga Hengget tak sedar diri!" - HAJJAR NAZEERA. Kerana penolakan Hajjar, Mak Cik Hamidah kecewa. Impiannya untuk bermenantukan Hail Amir hanya tinggal kenangan. Lebih parah apabila Eyka Naziha, janda Amir pula datang untuk kembali bersama setelah dua tahun berpisah. Hingga satu hari, berlaku tragedi yang membawa kepada penyesalan Hajjar, dia bertekad untuk meraih cinta Amir semula. Lagi pula dulu dia yang menolak, kali ini biar dia pula yang melamar Amir. Mustahil kalau Amir tidak memberinya peluang kedua. Amir tidak menolak, tapi dia tidak yakin dengan perubahan mendadak Hajjar berjuang untuk memilikinya. Penasaran pula dia apa penyebab Hajjar berubah fikiran? Kerana itu dia menuntut jawapan sebelum memberi persetujuan kerana emaknya juga menaruh harapan untuk dia menikah semula.
Todos los derechos reservados
#83
sayang
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • 2 | Jagakan Dia [✅]
  • K.A.I [KERANA AKU ISTERIMU]
  • ID untuk Hawa [Editing in Progress] [C]✅
  • Hadirnya Cinta
  • Osaka with Love
  • DIA YANG AKU CINTAI [C] ✔
  • Psycho Itu Aku Punya
  • Kau Lupa Janji [C]
  • RIAZ : SPARKLING LOVE [C]
  • Penghulu Bidadariku S1 : Aisyah Humaira

[SIRI KE-2 HAI, INSPEKTOR!] Dia pergi. Dia pergi dan membawa juga separuh jiwa Hazreel dan Syahdan. Dying. Hazreel is dying. Syahdan pula sedang mencuba. Mencuba untuk mengotakan janjinya pada arwah. "Jagakan mereka dan yang penting... Jagakan dia" Syahdan menjaga janjinya. Namun, si isteri seakan sakit. Sakit dengan tingkah laku si suami yang seakan tidak mengendahkannya. "Tolonglah faham, sayang. Abang penat! Abang penat, sayang!" - SYAHDAN AZRI "Sehari tak kenangkan orang yang dah mati, memang tak boleh ea?" - AMIRAHAIDA "Ini salah aku, Dan. Maafkan aku..." - HAZREEL EMIRUL Si 'pick me girl' mulai muncul. Mencuba nasibnya untuk menjadikan frasa 'perigi mencari timba' itu ada dan benar. Hazreel bengang. "Awak muda lagi, Reel. Lagipun, lelaki boleh kahwin 4, kan?" "Kau sedar diri boleh tak!" - HAZREEL EMIRUL Dia hanya memerhati dari jauh. Dia pasti Syahdan mampu. Mampu untuk JAGAKAN DIA. ⚠️ WARNING ⚠ - KATA-KATA KESAT DIGUNAKAN DALAM PENULISAN. HARAP TIDAK DIAMALKAN - TOXIC RELATIONSHIP -SEGALANYA HANYA REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KAITAN DENGAN DUNIA REALITI nota kaki: Disunatkan untuk membaca dahulu Hai, Inspektor! bagi menambahkan pengetahuan untuk cerita ini. Sebab lain adalah kerana saya tidak mahu anda semua mempunyai otak yang rosak setelah membaca cerita ini Second Romance Story❤ 100% by @sofeaaaaa- Start: 240621 End: 090422

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido