SIPNOPSIS
Airis Amani seorang yang ambivert, cantik, pandai dan disenangi oleh orang sekeliling. Ramai lelaki cuba mengambil hatinya namun dia tidak mahu kerana ingin fokus belajar dan kukuhkan ekonomi dahulu baru fikirkan tentang kahwin. Jika jodohnya sampai awal Airis tidak menolaknya dan akan pertimbangkan.
Tengku Aisy Daiyan merupakan seorang duda hot dan digilai ramai perempuan dari pelbagai golongan sama ada anak dara, janda, mahupun isteri orang. Aisy tidak layan semua perempuan yang menggedik dan laparkan perhatian serta membenci kaum wanita kerana masa silamnya bersama bekas isterinya. Malah dia menutup pintu hatinya untuk semua kaum wanita dan dia berubah menjadi seorang yang beku, tegas, garang, suka menyendiri dan tiada lagi seorang Aisy yang baik, peramah, dan ceria. Baginya semua perempuan mahu dekat dan ingin mengenalinya mahukan kemewahan sahaja.
Namun, dengan kehadiran Airis telah menyebabkan dia rasa perubahan pada dirinya yang dulunya bahagia, ceria seperti sebelum berkahwin dan dikecewakan oleh bekas isterinya.
Mereka berkahwin atas permintaan Ibubapa mereka namun tidak bagi Aisy kerana dia telah jatuh cinta pandang pertama dengan Airis Amani. Airis cuba menerima takdir dan dia mula jatuh sayang dan cinta pada suaminya.
Disaat mengecapi bahagia dugaan demi dugaan datang untuk menguji mereka. Kepercayaan dan hubungan dua hala adalah kunci kebahagiaan di dalam rumah tangga.
I love you my precious Amani, I know you are not the first but I want you be the last in my life -Aisy Daiyan
I love you my hot husband, saya harap awak adalah yang pertama dan yang terakhir dalam hidup saya -Airis Amani
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]