Sisa Rasa Yang Tertinggal

Sisa Rasa Yang Tertinggal

  • WpView
    Reads 455
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 11
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Oct 4, 2023
Pertama kali Hasnan menjejakkan kaki ke bumi Sarawak, jantungnya berdebar saat dia bertemu dengan Zaton. Pertemuan demi pertemuan membuatkan mereka saling mencintai. Zaton akui, jatuh cinta pandang pertama terhadap Hasnan. Namun, tidak mudah untuk dia menjalinkan hubungan dengan lelaki itu disebabkan hidupnya terikat di tangan Mak Mon. Terpaksalah mereka menjalinkan hubungan secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga. Saat Hasnan nekad melamar Zaton, dirinya menerima kata-kata hinaan. Dia malu dan kecewa. Tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan bekerja di luar negara membuka ruang buat lelaki itu membuktikan dirinya mampu berdiri sama tinggi di sisi Zaton. "Ton takut hubungan kita akan berubah bila abang dah pergi ke sana." - Zara Zaton. "Ton terlalu banyak sangat berfikir. Cuba doakan yang baik-baik. Insya-Allah, kalau kita berjodoh, kita pasti bersama." - Hasnan. Pemergian lelaki itu membuatkan Zaton terseksa menahan rindu. Ditambah pula Hasnan sudah mula jarang menghubunginya. Kemunculan Rasyid sedikit sebanyak buat hati Zaton keliru. Terlalu banyak kejutan yang diberi oleh Rasyid. "Awak mungkin tak kenal saya, tapi... kita dah banyak kali terserempak sebelum ni."- Rasyid. "Kita... banyak kali berjumpa. Bila?" - Zara Zaton. Rasyid tiba-tiba menghulurkan tangan untuk menyayangi Zaton. Pada masa yang sama, Zaton masih berharapkan Hasnan. Siapakah yang berjaya menjadi imam dalam hidup Zaton? Adakah Hasnan yang sanggup berkorban demi Zaton sehingga belajar ke luar negara? Ataukah Rasyid yang baru muncul dalam hidupnya dengan penuh kejutan?
All Rights Reserved
#599
novelmelayu
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Bahagia Yang Aku Tunggu
  • INTRIGUE CINTA ZARIF
  • Zharil Darriz
  • Mrs. Aidan: My Little Bride
  • Novel I'm Yours - By Anna Lee
  • SALAHKAN AKU
  • Untuk Dia Setiaku.
  • Ada Cinta Untukku

3rd New Generation Series ERIQ HAIYAN merupakan anak sulung kepada Tuan Emir Hakeem dan Puan Hanan Auliya. Umur sudah meningkat tapi masih belum berpunya. Anak kepada kawan-kawan ibunya sudah ada yang mendirikan rumahtangga. Bahkan yang lebih muda daripada dia. Tapi dia, langsung tak berminat. KASTURI pula adalah gadis yang cukup manis. Kawan baik kepada adik perempuan Eriq, Elisya Hanim. Sama-sama mengajar disebuah sekolah menengah. Pertemuan Kasturi dengan Eriq Haiyan itu telah menjentik satu perasaan dihatinya. Dia sukakan lelaki itu. "Hanim, kenapa kau tak cakap dekat aku yang kau ada abang yang kacak?" - KASTURI Sejak dia tahu kewujudan Eriq Haiyan, makin kerap pula Kasturi berkunjung ke rumah Hanim. Semata-mata untuk memikat abang sahabatnya itu. "Aku tak suka kau. Tak payahlah ganggu aku lagi!" -ERIQ HAIYAN. Eriq tu, mulut saja kata tak suka. Tapi hati siapalah yang tahu. Dia masih ragu-ragu dengan perasaannya. Tak mahu gadis itu terlalu berharap, dia buat keputusan untuk menjauh dan kembali semula ke Perth. Kembalinya Eriq ke Perth membuatkan Kasturi terpaksa menerima cadangan Puan Raudah untuk berkahwin dengan abang angkatnya sendiri. Hati memang tak rela. Tapi dia cuba ikhlaskan. Namun, kalau jodoh tak panjang, tak kekal lama. Lagi pula, Kasturi menjadi mangsa dera suaminya. Dua tahun berlalu, Eriq pulang semula ke Malaysia dengan satu impian yang besar. Dia ingin melamar Kasturi. Dia sudah yakin dengan perasaannya. Namun harapannya musnah setelah mengetahui Kasturi sudah berkahwin. Tak apalah. Bukan jodoh dia dengan Kasturi. Niat nak move on terpaksa dibatalkan apabila Kasturi sah bercerai dengan bekas suaminya. Impian Eriq cuma satu. Dia nak Kasturi jadi miliknya. Bila hati Kasturi kembali berpaut padanya, dia gembira. Tapi yang berlaku tak seindah yang dibayangkan. Mampukah Eriq Haiyan dan Kasturi bahagia? Adakah hubungan mereka akan direstui semua orang? Atau akan ada seseorang yang bakal menghancurkan hubungan serta hidup mereka?

More details
WpActionLinkContent Guidelines