MEDINA IZWANI - Gadis berusia 23 tahun ini hidup dalam bayangan kakaknya, Athirah. Setiap kali pulang ke kampung, ada sahaja kesilapan yang diperbesar-besarkan, membuatnya sering dimarahi. Medina sudah mencuba sebaik mungkin untuk memuaskan hati semua orang, tetapi usahanya tetap tidak dihargai. Paling pedih, orang yang paling dia percayai dan sayangi telah curang di belakangnya. Kejadian itu membuatkan dia trauma dan bertekad untuk tidak bercinta atau membuka hatinya kepada mana-mana lelaki lagi.
ETHAN GRAYSON - Seorang lelaki yang menyimpan luka batin mendalam. Hidupnya penuh penderitaan; sering dipukul dan dihina oleh abang kandung serta ayah angkatnya, yang menjadikannya sebagai kuli. Tiada ruang untuk kebahagiaan dalam hidupnya, sehingga satu hari, kesabarannya mencapai batas. Semua dendam terpendam dilepaskan, menjadikan Ethan seorang lelaki yang kejam dan penuh amarah. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu Medina. Kehadiran gadis itu membawa sinar baru dalam hidupnya, tetapi Ethan masih terperangkap dalam sifat obsesifnya. Medina adalah dunianya, dan dia tidak akan membiarkan sesiapa pun merampas gadis itu daripadanya. Bahkan, dia sanggup membunuh demi memastikan Medina kekal menjadi miliknya.
"Jangan takut, sayang. Aku takkan cederakan kau." - Ethan Grayson
"Tipu! Awak penipu! Saya nampak semuanya... Ethan, kenapa awak macam ni? Saya tak sangka..." - Medina Izwani
"Bukan macam tu, sayang. Itu bukan aku... Itu..." - Ethan Grayson
"Saya tak percaya awak, Ethan. Lepaskan saya!" - Medina Izwani
"Tak! Aku sesekali takkan lepaskan kau. Kau adalah milik aku! Selamanya." - Ethan Grayson
Start - 5/10/23
End - 28/05/24
Buku keempat
Putera Aisar Iskandar
Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya sekelip mata berubah apabila dia bertemu dengan si dia.
Tengku Puteri Dhia Aralyn
Puteri Kerajaan Negeri Treez. Tetapi dia bertingkah seolah bukan puteri. Sejak dari kecil dia sering dimomokkan bahawa dia aneh, dan tidak punya rupa. Malah pekerjaannya sebagai seorang doktor langsung tidak menggambarkan dia sebagai puteri raja. Tiada siapa yang mengetahui bahawa Treez mempunyai seorang puteri yang cantik.
Namun keduanya bertemu dalam situasi tidak dijangka.
Sang Putera jatuh cinta, tetapi si Puteri bertindak lari.
Sang Putera mencari empunya puteri, si Puteri menyembunyikan diri.
Sang Putera dingin ais beku, si Puteri pula nakal berbatu batu.
Namun keduanya diuji dengan pelbagai dugaan hingga akhirnya si Puteri nekad meninggalkan sang Putera. Sang Putera rela membuang takhta demi mencari si kekasih hati.
Bagaimana kisah keduanya?
Love- Yes
Cliche- No
Royal story tetapi bukan sebarang royal story. Its royal story moden. Tiada istilah klasik klasik digunakan.
Juga pelbagai istilah perubatan digunakan. Jika tak pasti, boleh google atau dm author.
Harsh word may include. Apologize if this book is not for your type.
Start- 2 July 2023
End- 2 Sept 2023
Cover by @sofiah91. Thanks a lot to her..