𝓜𝓻𝓼. 𝓢𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓥𝓸𝓵 2 - His Healer
DYLAN MIKAEL - Disebalik namanya yang gah, tersembunyi seorang lelaki penuh misteri. Renungan matanya tajam, setajam bilah pisau yang baru diasah, manakala wajahnya dingin, seolah-olah tiada secalit perasaan. Setiap arahan yang terbit dari bibirnya mampu menggoncang jiwa anak-anak buahnya, bagai nyawa mereka digenggam dalam tangannya. Di mata dunia, dia kelihatan sempurna, tiada cela, tiada cacat. Namun tanpa sesiapa sedari, Dylan menyimpan sebuah rahsia... rahsia kelam yang terlalu tragis untuk diceritakan.
NURUL HUMAIRA QISTINA - Gadis polos yang terpaksa menelan derita hidup sebaik sahaja kedua ibu bapanya pergi meninggalkan dunia. Di sebalik senyuman yang sentiasa menghiasi wajah, tersembunyi kekurangan yang tidak pernah diminta. Dia seorang gadis bisu, yang hanya mampu reda menerima segala ujian yang menimpa. Rapuh, namun tidak pernah rebah. Diamnya menyimpan kekuatan, dan dalam sunyinya, dia terus melangkah dengan hati yang tabah.
"Touch her, and you'll learn exactly what's worse than death." - Dylan Mikael.
Pertemuan yang tak diduga, namun takdir telah menulis kisah mereka sejak awal. Dylan dan Humaira dipertemukan dalam keadaan yang jauh dari sempurna namun itulah permulaan sebuah perjalanan yang tak terjangka. Dia ditakdirkan untuk menjadi pelindung buat gadis bisu itu, yang penuh kelemahan tetapi sarat dengan ketulusan. Dan si gadis pula, perlahan-lahan menuntun hatinya kembali ke arah cahaya menuju siapa dirinya yang sebenar.
Nantikan, Mrs. Dylan Mikael
" Memaafkan memang mudah. Tapi untuk melupakannya tersangatlah payah."
Girzelle Edrea, namanya tidak seunik alur cerita yang telah Ditulis. Gadis polos itu bagaikan burung yang dikurung di dalam sangkar. Tambahan pula setelah peristiwa 2 tahun lepas dimana dia hampir menemui ajal.
Hanya dalam satu hari, Edrea hilang segalanya.
Muhammad Caled Qyser, seorang lelaki yang berbudi bahasa, namun terselit kedinginan di dalam dirinya. Dia langsung tidak mengenali erti cinta. Sehinggalah dia bertemu dengan seorang gadis polos yang secara tidak sengaja masuk ke dalam hidupnya. Atas rasa bertanggungjawab, mahligai mula terbina diantara mereka.
" Cinta boleh dipupuk. Sedangkan cinta selepas kahwin lebih indah berbanding sebaliknya. 'Cinta monyet' itu hanya sekadar hasutan syaitan untuk menyesatkan manusia ke arah kemaksiatan."
-Muhammad Caled Qyser-
Cinta mulai berputik diantara mereka. Semakin lama, mereka menjalani kehidupan seperti pasangan suami isteri yang lain.
Kejujuran dan kepercayaan tersangatlah penting dalam sesuatu hubungan. Dan apabila kepercayaan itu roboh saat rahsia yang disimpan kian terbongkar, ianya mampu meretakkan hubungan mereka.
" I don't believe this!"
Mampukah hubungan yang hampir retak ini dibaiki? Dan mampukah mereka mengecapi kebahagian yang pernah mereka rasai? Atau ianya harus dikorbankan demi satu kebenaran?
⚠️
- hanya rekaan semata-mata
- abaikan segala typo
STARTED : 03 AUGUST 24
FINISHED : 03 NOVEMBER 24