Jodoh itu aturan DIA. Uthman Yunus tak pernah menyangka zaman bujang dia akan berakhir dengan seorang gadis yang jelas sudah 'rosak' maruahnya. Namun kerana mimpi, Uthman anggap ada asbab Allah SWT temukan mereka berdua. Malam itu, Uthman Yunus antara saksi yang menangkap Yuhara berkhalwat dengan teman lelakinya. Disebabkan perbuatan itu, Yuhara mula menyimpan dendam terhadap Uthman. "Kalau bukan sebab kau, ayah takkan buang aku. Kau punca aku kena tangkap khalwat malam tu. Sekarang ni aku dah mengandung. Ayah dah buang aku. Iqram pula dah lari. Siapa yang nak bertanggungjawab??" - Yuhara "Saya, saya yang akan bertanggungjawab. Berubahlah, Yuhara. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk awak." - Uthman Yunus Uthman hulurkan tangan waktu Yuhara dalam kesusahan. Namun bukan semudah itu untuk Yuhara padamkan dendam dalam hatinya. Sementelah usia dia baru 18 tahun. Hati dia kuat memberontak ketika ini sehingga dia nekad mahu membakar rumah Uthman Yunus. "Umi ustaz dah dikejarkan ke hospital. Api dah berjaya dipadam, mujurlah tak merebak jauh. Cuma umi ustaz mengalami sesak nafas. Kecederaan pada kaki juga agak teruk. Ustaz doa banyak-banyak ya? Moga-moga umi ustaz selamat." - Ismael Nyawa Puan Aisyah jadi taruhan. Namun tiada sesiapa yang mampu menjadi saksi kejadian. Perbuatan terkutuk Yuhara masih menjadi rahsia. Saat itu juga kesal hadir menjelma dalam hati seorang Yuhara. Tambahan pula dia tahu, Puan Aisyah disahkah lumpuh gara-gara terjun menyelamatkan diri ketika rumahnya sedang terbakar.
9 parts