Emmaline Raziq, seorang pereka fesyen yang baru bertatih dan bertapak di dalam industri fesyen. Namun belum sempat dia melebarkan sayapnya, ada pula yang telah mematahkannya tanpa rasa simpati. Melihat hasil karyanya di ciplak bulat-bulat oleh syarikat ternama buat dia jatuh terduduk. Selama ini dia berimpian untuk menjadi seorang pereka fesyen berjaya di Malaysia, kini terpaksa melalui onak duri. Lalu dia pergi untuk mencari remedi. Merawat hati yang luka, hati yang trauma. Namun, ketika sedang diuji, Tuhan hadirkan dia seorang lelaki yang bernama Ezraq Eusoff , seorang JAGA villa yang berperwatakan lelaki tenang untuk menyantuninya ketika berada di Villa Dusun. "Please, take care of her," pesan Dato Kenneth. Melalui pesanan itu, dia cuba untuk merapati Emmaline dan menjadi tampat untuk Emmaline bersandar. Cuma... selepas kejadian di Villa Dusun, terlalu banyak misteri yang tidak terungkai tentang Ezraq Eusoff. Lelaki itu kadang-kala hadir tanpa disangka sangka. "Maafkanlah Emmaline. Memaafkan itu tanda hati meredhakan." - Ezraq Eusoff Dalam mencari penyelesaian masalah, satu lagi rahsia telah terbongkar dan rahsia itu sekali lagi mematahkan hatinya yang sedang diubati. Pengkhianatan yang terjadi itu umpama melenyapkan impiannya. Dia nekad. Kali ini dia mahu pergi membawa hati yang lara. Kerana baginya percaya dan menyayangi itu adalah satu perkara yang menyakitkan dalam hidupnya. Antara Elara Couture dan Ezraq Eusoff, manakah satu yang harus dia pilih?