"Saya ingat awak akan paksa saya, awak akan ungkit pasal hak awak." - FAZIA
"Awak ingat sebab itu yang awak fikir. Saya tak fikir pun apa yang awak fikir." - THARIQ
Makin mengenali THARIQ, makin FAZIA selesa sehingga akhirnya FAZIA nekad mahu menyerahkan hak lelaki itu sebagai suami
"Kenapa awak tak nak sentuh saya? Saya dah serah diri. Sekarang awak. Jalankan tanggungjawab awak sebagai suami saya." - FAZIA
"Saya tak sedia lagi..." - THARIQ
FAZIA tahu ada sebab kenapa THARIQ menolaknya. Apabila THARIQ pilih untuk kunci mulut, FAZIA tidak putus asa. Kematangan FAZIA dalam perhubungan akhirnya berjaya menundukkan THARIQ. Mereka bahagia sehinggalah bekas kekasih THARIQ kembali muncul.
"Kami dah terlanjur. Bukan sekali, tapi berkali-kali. Masa kat UK kami hidup macam suami isteri cuma kami tak kahwin." - RISSA
"Thariq tak macam tu. Dia lelaki yang beragama." - FAZIA
FAZIA yakin itu hanya fitnah untuk menjatuhkan THARIQ. Tapi bila akhirnya pengakuan itu keluar dari mulut THARIQ hati FAZIA hancur lebur.
"Tak boleh ke awak maafkan saya? Semua orang ada kisah silam." - THARIQ
"Tapi tak semua orang ada kisah silam yang jijik macam awak." - FAZIA
Cerai. Itu yang FAZIA mahu. Tak sanggup lagi hidup dalam penipuan THARIQ. Tambah-tambah apabila satu per satu rahsia THARIQ terbongkar. Rupanya THARIQ ada agenda kenapa menikah dengannya.
"Biar saya kejam di mata awak, asalkan saya tak buat benda bodoh. Takde sebab saya nak ceraikan awak." - THARIQ
Apa yang cuba disembunyikan THARIQ? Bagaimana nasib perkahwinan kedua FAZIA? Adakah akan menemui kegagalan seperti perkahwinan pertama? Apa yang akan dilakukan THARIQ untuk dapat kemaafan? Dan FAZIA...adakah benar-benar membenci THARIQ?