Bulan dan Bintang

Bulan dan Bintang

  • WpView
    Reads 876
  • WpVote
    Votes 126
  • WpPart
    Parts 44
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Jun 2, 2026
"Kerana Bintang memang sudah ditakdirkan untuk bersama dengan Bulan." ----- Bintang, seorang remaja perempuan baru sahaja pindah ke sekolah baharunya. Di hari pertamanya, dia bertudung labuh membuatkan dia terkenal secara tidak sengaja. Bahkan, banyak yang mempermainkannya tetapi hal itulah yang membuatkan dia tampak unik. Dia, berteman dengan beberapa orang di sana termasuk Malik. Kawan kepada Bulan. Siapa Bulan? Bulan ialah seorang yang tidak suka akan masalah tetapi dia juga yang mencari masalah walaupun tanpa sengaja. Bulan dan Bintang menjadi rakan sekelas sejak mula Bintang menapak kaki di sekolah itu. Walaupun sering bekerja di dalam kumpulan yang sama, hubungan mereka agak tegang. Bulan sering mengusik Bintang manakala Bintang tidak pernah membiarkan Bulan menang. Pada tahun terakhir Bintang di sekolah menengah itu, dia menyedari bahawa dia sudah jatuh cinta kepada Bulan. Akan tetapi, Bulan dan dia sudah seperti anjing dan kucing. Selalu sahaja cari masalah. Bintang hanya berdiam diri tanpa menceritakan perasaannya kepada sesiapa. Perlahan-lahan perasaannya mula memudar. Setelah habis sahaja kertas terakhir SPM, dia mendapati seseorang yang lain juga menyukainya. ---- Karya Pertama: @chldbfk_2
All Rights Reserved
#2
bulan
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • Malam Tanpa Bintang [C]
  • DIARI CHAHAYA [TERBIT]✓
  • Fat To Slim Yeoja
  • Nathan - Kali Pertama [C] (The Men Series : Book 2)
  • Suami Ku Ketua Pengawas
  • Bibliophile's Secret Admirer
  • Maya : The Sweet Dream ✔︎

Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.

More details
WpActionLinkContent Guidelines