Aqib Maaz,
Dikenali sebagai seorang yang paling liar kat Uni dia. Paling samseng, paling ramai peminat dan semualah terpaling kalau dia. Perangai dia tak boleh bawa bincang, sampai tahap professor kat Uni pun dah malas nak tegur, nasib mulutnya yang manis pandai berkata-kata, asal ditegur, pujukan dengan janji manis diberinya.. pandai manipulate orang..mana lagi muka Aqib yang berupa..
Liar, gilakan hiburan, nama Islam pun atas kertas sijil kelahiran je, tapi siapa sangka dia ada feeling dengan Afra. Desperate nakkan Afra, dia pun plan something yang tak sepatutnya, sebab dia tahu Afra memang tak akan layan lelaki macam dia..
Afra Aafiyah,
Dikenali sebagai seorang wanita yang paling rajin pasal agama. Bab-bab agama ni, dialah yang paling practice bersungguh-sungguh.. nak cakap power tak sangatlah, takdelah level-level ustazah tapi dia memang cintakan ilmu agama, seimbang dengan ilmu dunianya. Orang kata 'wasatiyyah', pendekatan yang seimbang..Orang kat Uni semua respect dia. Dahlah pintar, comel, baik, rendah diri, pemalu ikut tempat dan disenangi semua orang.
Namun, setiap hamba Allah itu tidak akan terlepas dengan ujian Allah. Kadang-kadang kita prasangka buruk dan mempersoalkan takdir-Nya. Begitulah dengan Afra, sedikit terpesong dari landasannya sebagai seorang musafir apabila diuji dengan ujian yang besar.
Satu malam, Afra yang terbangun dari tidur terkejut bila Aqib berada di dalam rumahnya, terbaring di sofa dalam keadaan masih mamai-mamai. Nak pengsan Afra tengok Aqib tak berbaju di ruang tamu, lagi-lagi pegawai dari Jabatan Agama Islam berdiri depan pintu rumahnya..
___________________________________________
Assalamualaikum, this is my first book.. I hope u guys enjoy..
I wrote this book in malay-english and non formal so I apologize if you're not used to.. This story contained language warning like curse words because I want to write story yang real tidak bertapis. Storyline lebih kepada religious than romance.
Enjoy ❤️
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat!
Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA.
pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya.
"Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI
"Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ.
Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka.
Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas.
"Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI
GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala.
Memang introvert.
"Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah
Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata...
"Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN
Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng?
"Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."