𝐇𝐀𝐅𝐈𝐐 𝐈𝐐𝐌𝐀𝐋 ✦ 𝐍𝐀𝐀𝐈𝐋𝐀 𝐌𝐀𝐈𝐒𝐒𝐀
Selaku seorang kakak yang mengambil berat, Naaila cuba menyelamatkan adiknya daripada spesies lelaki tak guna. Lalu, Najla akhirnya mengambil keputusan untuk menoktahkan hubungan dengan Fakha, si teman lelaki yang psiko dan panas baran. Walaupun begitu, Fakha sukar menerima kenyataan dan tetap berkeras ingin menjalin cinta bersama Najla.
Menggunakan Naaila, Fakha mengatur perjumpaan demi mendapatkan jantung hatinya semula. Namun, Naaila tetap Naaila. Sekali buat tahi, tiada maaf bagimu. Kata setuju yang diberikan untuk berjumpa dengan Fakha hanyalah untuk memberi kesedaran kepada lelaki itu. Ada sesuatu yang telah Naaila rencanakan supaya dapat membalas segala perbuatan Fakha terhadap adiknya.
Malang tidak berbau, pelan itu ranap dan tidak berpihak kepada Naaila. Fakha tidak muncul pada hari kejadian, lalu rancangan Naaila sudahnya memakan diri. Lelaki berbaju hitam yang sepatutnya disimbah dengan air adalah Fakha. Bukan lelaki asing, atau lebih tepat lagi seorang pelakon yang sedang meningkat naik.
Akibat kejadian tersebut, Hafiq Iqmal semakin menjadi tumpuan media. Kehadiran Naaila mengeruhkan lagi keadaan yang sememangnya sudah panas di antara dia dan Rania Khan. Oleh itu, Hafiq akan mencari Naaila sampai dapat. Walau apa jua keadaan, gadis itu perlu bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku.
"Saya minta maaf." - NAAILA MAISSA
"Aku tak jumpa kau untuk dengar permohonan maaf." - HAFIQ IQMAL
Naaila bersama hatinya yang resah, Hafiq dengan caranya yang keras. Permulaan perkenalan mereka yang tidak dijangka itu menjadi titik pemula kepada sesuatu. Sesuatu yang bakal menggerakkan hubungan Naaila dan Hafiq ke arah sebuah senario menarik.
Apakah rancangan mereka di kala itu untuk meredakan isu yang dilemparkan media?
(Blurb akan dikemas kini dari semasa ke semasa jika ada perubahan pada jalan cerita)
In editing process!
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri,
sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas.
Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti.
Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam.
"Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla
Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam.
"Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar
Start; 19th September 2023
End; 7th November 2023