Orked Damia (OG)
  • Reads 1,441
  • Votes 201
  • Parts 5
  • Reads 1,441
  • Votes 201
  • Parts 5
Ongoing, First published Oct 23, 2023
AMZAR BAKHTIAR | ORKED DAMIA

Gemuk. Tak cantik.

Itu dua episod ngeri yang sering ditakuti oleh para wanita sehinggakan mereka takut untuk memulakan salam perkenalan.

Itulah yang terjadi kepada seorang Orked Damia. Disebabkan selalu diejek oleh rakan sekelasnya dari zaman sekolah, dia jadi sangsi untuk berkawan rapat dengan mana-mana lelaki.

Sehinggalah tiba suatu hari, hadirnya seorang jejaka yang bernama Amzar Bakhtiar yang membuatkan hatinya jadi tidak keruan.

"Mia, kau tak rasa ke Amzar buat semua ni sebab kau?" - AISYAH

"Kenapa pula?" - MIA

"Entahlah. Aku rasa Amzar ada hati dengan kau." - AISYAH

Mia serba salah. Tidak tahu adakah patut dia mempercayai kata-kata rakan baiknya itu. Baginya, Amzar sekadar anak kepada rakan baik papanya. Tidak lebih dari itu.

Tetapi mengapa tindakan lelaki itu membuatkan hati wanitanya mudah terusik? Adakah benar Amzar ada hati kepadanya?

Mia simpan perasaannya sendiri. Tidak sekalipun dia memberi tahu kepada Amzar mengenai rasa yang mula bercambah di dalam hatinya.

Dia sedar dia gemuk dan tidak cantik. Dia tidak mahu hubungannya dan Amzar retak disebabkan perasaannya. 

Bertambah sedih, Mia hanya mampu membiarkan lelaki itu pergi meskipun hatinya tidak rela menerima semua itu.

"Mia jaga diri. Jangan kurus selagi aku tak balik." - AMZAR

Tahun berganti tahun, akhirnya kedua-dua mereka membawa haluan sendiri demi mengejar cita-cita.
All Rights Reserved
Sign up to add Orked Damia (OG) to your library and receive updates
or
#146school
Content Guidelines
You may also like
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
41 parts Ongoing
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
You may also like
Slide 1 of 10
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  cover
Fayyadh Al-Hakim: Treat With Love [COMPLETE] cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
MRS ZARIL : MY SWEETHEART [OG] cover
Peluang Kedua Buatku (S2) cover
Peluang Kedua Buatku | ᥴ cover
SAPPHIRE (Siri Permata #1) cover
CRUEL DESTINY | OG cover
Mencari Bahagia [COMPLETE] cover
Cinta Berakhir Bahagia cover

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧