Suzy dipaksa oleh guru-gurunya untuk mengikuti kem di sebuah rumah agam yang sangat besar selama 3 minggu untuk membantu golongan warga emas. Pada mulanya, Suzy tidak ingin mengikuti kerana kem tersebut berlangsung pada hari lahirnya. Tetapi, setelah mendengar rancangan jahat Namjoo dan rakan-rakannya yang akan dilangsungkan pada hari lahirnya, Suzy segera mengisi borang dan menyetujui untuk ke kem tersebut. Setibanya di sana, Suzy terkejut kerana sekolahnya, Arts Yeoja High School, akan melangsungkan kem tersebut bersama Arts Namja High School. Ketika sedang saling mengenali, Suzy melihat seorang namja yang hanya senyap di dalam satu kelompok namja tersebut. Suzy berusaha keras untuk mengenalinya lebih dalam. Berjayakah usaha Suzy ?