Citra Cinta Zinnia

Citra Cinta Zinnia

  • WpView
    Reads 248
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Mar 31, 2024
Zinnia Wirdani merupakan gadis yang ceria. Anak tunggal kepada pasangan Abdul Haq dan Amina itu merupakan pelajar yang pintar dan menjadi kesayangan semua orang tidak kira kemana dia pergi. Namun semua itu berubah selepas dia kehilangan kedua ibubapanya sewaktu mereka dalam perjalanan pulang beraya, ke kampung ibunya. Saat matanya dibuka, dia kelilingi insan yang tidak dikenalinya. Mereka mengaku dialah keluarganya. Atuknya ialah seorang Tan Sri. Itu kata mereka. Namanya Tan Sri Abdul Halim. Zinnia tak mahu percaya tapi dia kenal nama lelaki itu. Nama yang sama yang ada dalam kad pengenalan abahnya. Zinnia yang sudah bergelar yatim piatu dibawa ke rumah agam mewah milik Tan Sri Abdul Halim. Dia dilayan bagai puteri tapi itu bukan yang dia nak. Dia cuma nak balik semula ke rumah sederhananya. Selepas Zinnia habis SPM, dia nak sambung belajar. Atuknya meletakkan syarat, Zinnia mesti mengahwini Arjuna Zayden. Siapa lelaki itu? Dia merupakan cucu angkat Tan Sri Abdul Halim yang menguruskan Blue Zircon. Syarikat kepunyaan Tan Sri Abdul Halim. Kelak, Zinnia harus belajar tentang selok belok syarikat milik atuknya. Arjuna Zayden, si muka beku yang mempunyai hati sekeras kerikil itu pula menerima sahaja dengan niat dia ingin membalas budi. Namun, dia pandang Zinnia tak lebih dari seorang adik. Tambahan pula gadis itu muda 8 tahun darinya. Empat tahun mereka bergelar suami isteri tapi tiada apa yang berlaku. Zinnia juga menyembunyikan statusnya dari pengetahuan semua orang termasuklah sahabat baiknya, Sumayyah. Pertemuan kembali selepas empat tahun menyingkap soal hati dan cemburu. Adakah pasangan itu akan bersatu seperti pasangan yang lain? Mampukah Zinnia bertahan? Apa lagi setelah menyaksikan ketamakan sanak saudaranya yang menginginkan harta Tan Sri Abdul Halim. Kemunculan Sara Iryana. Gadis cantik yang merupakan teman rapat Arjuna Zayden menjadikan hidup Zinnia semakin huru hara. Dia ingin pergi tapi sebelah kakinya terikat kerana dia isteri Arjuna Zayden.
All Rights Reserved
#5
coldhusband
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Antara Dua Hati
  • 𝐗𝐀𝐘𝐃𝐄𝐍 𝐙𝐄𝐈𝐍𝐀 | 𝐂
  • Darkness's Lover
  • Aralyn Adriana : Goddess In Disguise (Completed)
  • My Señorita
  • Meliana and the man behind the commando mask.
  • SILENT BETRAYAL  | C |

Antara Dua Hati Hidup Zaydan Elhan dan Rayyan Ziqri tidak pernah bertembung-hingga satu pertemuan tanpa dirancang di sebuah bandar kecil membawa mereka ke persimpangan kehidupan. Zaydan Elhan, seorang arkitek yang sentiasa mengejar impian dan kesempurnaan, bertemu Rayyan Ziqri, seorang pemilik kedai buku lama yang lebih suka hidup dalam kesederhanaan dan cerita-cerita klasik. Kisah mereka bermula dengan perbezaan; perbezaan cita rasa, cara hidup, dan pandangan tentang cinta. Namun, seiring masa berlalu, mereka mula mengenali sisi-sisi yang saling melengkapi. Di sebalik senyuman dan bicara, masing-masing menyimpan rahsia dan luka lama yang sukar dilupakan. Ketika persahabatan mereka bertukar menjadi perasaan yang lebih mendalam, Zaydan terpaksa memilih antara harapannya terhadap masa depan dan masa silam yang membelenggu. Rayyan pula berhadapan dengan dilema untuk melangkah keluar dari zon selesa atau terus menyimpan perasaannya. Di celah-celah keraguan, muncul pihak ketiga yang menguji sejauh mana mereka sanggup mempertahankan hati masing-masing. Dalam perjalanan mencari makna cinta, mereka belajar bahawa cinta bukan hanya tentang memiliki, tetapi juga tentang keberanian untuk menerima diri dan pasangan seadanya. "Cinta, walau bagaimana pun bentuknya, tidak pernah salah. Yang salah hanyalah kita yang takut memperjuangkannya." Antara Dua Hati membawa pembaca menyelami perjalanan emosi, konflik, dan keindahan kasih sayang yang melampaui batas jantina dan definisi cinta konvensional.

More details
WpActionLinkContent Guidelines