14 Bagian Sedang dalam proses || BACA PROLOG DULU TAU AWAK! NANTI TAK TAU JALAN CERITANYA MACAM MANA. SAYA DAH HANTAR PROLOG DULU, TAPI TIBA-TIBA ADA BAB 1 DULU, SORRY TAU AWAK! |¦
{SLOW UPDATE!}
Adelia Munirah, seorang ketua pengawas yang tegas dan berdisiplin, sentiasa menegakkan peraturan di SMK Seri Utara. Dalam pandangannya, semua murid harus mematuhi peraturan yang ada, termasuk Elman Hafiy, seorang murid nakal yang baru berpindah ke sekolah tersebut.
Mereka selalu bergaduh dan bertengkar di sekolah, menjadikan suasana belajar semakin tegang.
"Hai, Miss Perfectionist! Tengok, aku tak tuck in baju. Nak masukkan nama aku dalam buku catatan kau tu lagi ke?" - Elman Hafiy -
"Kau jangan cabar aku, Elman!" - Adelia Munirah -
Suatu hari, ibu bapa Adelia menghadapi masalah kewangan yang kritikal, dan Adelia terpaksa berkahwin dengan anak kawan baik ayahnya. Namun, dia sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa bakal suaminya adalah Elman, murid yang sering membuat hidupnya tidak tenang di sekolah.
Elman juga terkejut dan tidak menyukai rancangan perkahwinan ini. Namun, apabila mereka terpaksa meluangkan lebih banyak masa bersama, perasaan yang aneh mula muncul.
"Jadi, kita terpaksa berlakon jadi pasangan yang bahagia?" - Adelia Munirah -
"Nampaknya, macam tulah." - Elman Hafiy -
Setelah SPM, mereka mendapat tawaran dari universiti yang berbeza, menyebabkan mereka terpaksa berpisah.
Mampukah mereka tetap berhubung dan menjaga perasaan yang telah tumbuh di antara mereka walaupun berada di negara dan universiti yang berlainan?
Saya minta maaf kalau saya ada kesalahan ejaan, penulisan, dan tatabahasa. Sebenarnya cerita ni saya nak buat E-book dan dah buat separuh dah pun. Tapi tak apalah, saya buat kat sini je. Baca PROLOG dulu baru bab 1. Tak tau lah kenapa tiba tiba bab 1 dulu.