HINGGA CINTA MENYATUKAN

HINGGA CINTA MENYATUKAN

  • WpView
    Reads 23,404
  • WpVote
    Votes 977
  • WpPart
    Parts 50
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Oct 28, 2024
WpInfo
Fiction
Romance
🔥SINOPSIS🔥 Ameer Hayyad lelaki biasa. Pemuda kampung yang ada kerjaya sendiri. Hidupnya cukup sempurna di samping keluarga tersayang dan kekasih hati yang sudah sepuluh tahun menyulam cinta. Malah, mereka sudah bercadang untuk bertunang. Sikapnya yang terlalu melindungi ahli keluarganya membuatkan dia terlibat dalam masalah alongnya. Daripada mahu menolong, dia terjebak dalam masalah besar. Hayyad yang baran dan pere-ngus bertemu dengan Yuzma yang sombong, bongkak dan suka memberontak. Tiada apa yang manis untuk dibicarakan antara mereka melainkan kebencian semata-mata. Masalahnya bertambah apabila Tan Sri Mokhtar memintanya untuk menjadi pengawal peribadi kepada Yuzma selama tiga bulan. Separuh rela dia menerima tawaran itu demi alongnya. Yuzma yang ingin melepaskan diri daripada menjadi isteri Edrian merancang sesuatu. Tanpa sengaja, Hayyad yang terjerat. "Tolong nikahi Yuzma. Saya merayu pada awak." - Tan Sri Mokhtar. Hayyad keliru. Desakan demi desakan membuatkan hatinya rapuh. Atas nama kemanusiaan, dia setuju. Ikatan ijab kabul termeterai tanpa rasa cinta antara mereka. Bagi Yuzma, lelaki seperti Hayyad tidak layak untuknya. Bagi Hayyad, perempuan seperti Yuzma memang tidak layak untuk dicintai. Namun, kata hati sering bercanggah. Dalam diam, hati Yuzma mula terpaut pada aura seorang Hayyad. Bagaimana Hayyad mahu membahagikan hatinya? Mampukah dia mencintai Yuzma, isteri yang sah dinikahinya sedangkan dalam hatinya ada gadis lain yang bertakhta? Mampukah mereka mencipta bahagia setelah pelbagai dugaan membadai?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • RED STRING THEORY
  • SI PENCURI HATI KELAS SATU
  • WHEN HE FELL HARDER
  • Suami Ku Ketua Pengawas
  • THE ONE [C]
  • 𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐔 𝐁𝐈𝐃𝐀𝐃𝐀𝐑𝐈𝐊𝐔
  • Cik PA Cik Bodyguard
  • Tertulis Di Tangan Takdir

(HIATUS) ❣#1 𝐋𝐎𝐕𝐄, 𝐖𝐎𝐔𝐍𝐃𝐄𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒❣ "𝘐 𝘭𝘰𝘷𝘦 𝘺𝘰𝘶, 𝘣𝘶𝘵 𝘪'𝘮 𝘴𝘤𝘢𝘳𝘦𝘥." 𝐑𝐞𝐝 𝐒𝐭𝐫𝐢𝐧𝐠 𝐓𝐡𝐞𝐨𝐫𝐲 atau lebih tepat lagi benang merah takdir, ialah kepercayaan atau mitos lama dari budaya Jepun dan China yang mengatakan, "Dua orang yang ditakdirkan untuk bersama akan diikat oleh seutas benang merah yang tak akan putus, walau sejauh mana pun mereka terpisah, walau masa seiring berjalan sekalipun." 𝐄𝐥𝐳𝐚𝐡𝐫𝐚 𝐓𝐡𝐚𝐧𝐞𝐞𝐬𝐲𝐚 mengharapkan bahawa jodohnya itu seperti 'red string of fate' yang dia baca ini. Bertemu tanpa dipinta, terjatuh cinta tanpa disengajakan. Namun, angan-angan itu menemui jalan mati apabila bapanya bersikeras untuk mengahwinkannya bersama dengan lelaki yang dia tidak cintai. Sehinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki. Pertemuan itu membawa kepada perasaan yang sudah lama dia inginkan-perasaan ingin dicintai. Tetapi semua itu bagai fantasi yang terlalu indah apabila lelaki itu turut menyimpan perasaan yang sama padanya. "Saya suka awak, Elzahra Thaneesya. Sudikah awak menjadi pelengkap jiwa dan raga saya buat selama-lamanya?" -Eijaz Thaqif- "Saya minta maaf, Eijaz. Saya terpaksa tolak. Ini semua terlalu indah untuk saya yang hanya mampu bermimpi ini." -Elzahra Thaneesya- Walaupun hati meronta-ronta ingin menerima lelaki itu, tetapi dia terpaksa menolak kerana dia baru tersedar sesuatu. Elzahra takut masa silamnya akan menghantui mereka jika dia menerima lelaki itu. Jadi lebih baik dia menjauh sebelum hatinya terpaut lebih erat. "Awak memang tak nak bagi saya peluang langsung untuk masuk ke dalam pintu hati awak, Elzahra?" "Pintu hati saya dah roboh dan pecah. Tak ada tempat untuk awak masuk, Eijaz." Adakah benar red string of fate Elzahra ialah Eijaz? START:12 DEC 2025

More details
WpActionLinkContent Guidelines