MERINDU WAHYU TUHAN
  • Membaca 6,561
  • Suara 139
  • Bagian 59
  • Membaca 6,561
  • Suara 139
  • Bagian 59
Lengkap, Awal publikasi Nov 01, 2023
Salman Al-Farisi, namanya persis sahabat nabi. Disangka dengan penuhnya ilmu agama di dadanya dia dapat menolak godaan dunia. Tapi sebenarnya orang yang makin tinggi ilmu agama inilah yang sering diuji.

Keputusan peperiksaannya tidaklah dalam lingkungan yang terbaik. Sebab itulah dia mula berputus asa dan mencari kebebasan di luar yang tidak pernah dia rasa sebelum ini. Puas semua nasihatkan dia, namun tidak dipeduli.

Zuhair selaku abang iparnya takut Salman akan tersasar lebih jauh. Dia memaksa Salman untuk ke Maahad dan menjadi tenaga pengajar di sana. Berkali-kali Salman menolak pelawaan abang iparnya. Tapi bila Zuhair sudah mula menggunakan kuasa vetonya, Salman tidak mampu lagi menolak.

Berkunjung ke Tautan Kasih atas pelawaan Ilham, Salman bertemu dengan seorang gadis. Aifa Amanda secara tak sengaja menjadikan dia mula jatuh cinta pandang pertama. Melihat ujian yang dilalui oleh Aifa menyebabkan dia rasa ingin berjuang bersama-sama gadis itu.

Bila tersebarnya gambar Salman dan Aifa, memaksa dia untuk berkahwin pula. Namun kerana kasihnya pada gadis itu, dia terima juga. Asalkan dia dapat memiliki gadis itu walaupun jalannya ke arah perkahwinan tidak begitu indah seperti pasangan lain.

Baru saja nak mengecapi bahagia, kehadiran bekas tunang Aifa, Tengku Khairul Razin membuat hidupnya huru-hara. Disebabkan itu juga nyawanya hampir melayang kerana kejadian yang tak pernah dia sangka.

Dugaan demi dugaan dia cuba lalui dengan tenang walaupun mungkin menyebabkan rumahtangga yang dibinanya goyah. Salman tetap akan berjuang untuk orang yang dia sayang. Tidak akan sesekali Aifa Amanda jatuh ke tangan orang lain. Salman nekad biarpun nyawa menjadi galang gantinya.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
Daftar untuk menambahkan MERINDU WAHYU TUHAN ke perpustakaan Anda dan menerima pembaruan
atau
#864isteri
Panduan Muatan
anda mungkin juga menyukai
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG) oleh Anardellqueena
64 Bagian Sedang dalam proses
🥀Tengku Rayden Albert Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di sebuah syarikat yang bernama AR's Holding. 🥀Hannah Audia Seorang gadis yang memiliki senyuman yang manis,ayu dan keras kepala.Dia seorang yang mahir dalam bidang memasak.Memiliki sepasang mata berwarna coklat kehitaman itu menampakkan dia lebih lagi menarik dan cantik. Satu persatu kebenaran mulai terbongkar selepas mereka berdua berkahwin.Tengku Rayden Albert telah menduakan cinta Hannah Audia.Dia menyeksa fizikal dan mental isterinya sehingga membuatkan Hannah Audia mulai membencinya. Hari demi hari,bulan berganti bulan,perilaku Tengku Rayden Albert kepada Hannah Audia telah membuatkan Hannah Audia mulai menjauhkan dirinya daripada Tengku Rayden Albert dan mahu memulakan hidup barunya. Hannah Audia nekad untuk berubah dari semua segi termasuklah hatinya,dia kembali dengan kedinginan yang teramat dalam di hatinya dan dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa dia tidak akan menerima kembali 'lelaki' yang telah musnahkan dan hancurkan kehidupannya. "Maafkan abang sayang.Abang nak betulkan balik keadaan kita berdua.Abang betul-betul menyesal akan apa yang telah abang buat dekat sayang beberapa tahun yang lalu.Tolong,kembali kepada abang semula" -Tengku Rayden Albert- "Maaf,perempuan miskin macam saya ni tak layak nak jadi isteri tengku dan berada di sisi tengku.Anggaplah kita berdua sudah tiada jodoh.Berbahagialah dengan pilihan hati tengku yang tengku idamkan selama ini.Saya akan mulai kehidupan baharu saya tanpa tengku." -Hannah Audia- Adakah cinta Tengku Rayden Albert akan diterima kembali oleh Hannah Audia setelah apa yang dia buat kepada Hannah Audia? Adakah mereka berdua akan bersatu kembali? DILARANG PLAGIAT CERITA SAYA❗❗🚫 NO CIPLAK TOO❗🚫 Start: May 2023 End:?
anda mungkin juga menyukai
Slide 1 of 10
Bukan Pilihan Hati cover
Beautiful Broken Rules  ✓ cover
DIA BUKAN SYURGA cover
SEBELUM KITA (C)  cover
DHEO'S cover
Akan ku pujuk hatimu cover
Mr. Riz's Property cover
Cintaku Hanya Untukmu [✔] cover
MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (OG) cover
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1• cover

Bukan Pilihan Hati

43 Bagian Lengkap

Perkahwinan antara Razky Nadhir dan Qamira Nur Syifa bukan lahir daripada cinta, tetapi dipaksa atas dasar wasiat seorang nenek. Nadhir menolak keras perkahwinan itu, menyalahkan Syifa sebagai punca segala yang merampas kebebasannya. Bagi Syifa pula, walaupun dia tahu dirinya bukan pilihan, dia cuba menjadi isteri yang baik, membina kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga yang hambar. Namun usahanya sering disia-siakan. Nadhir tidak pernah membuka ruang, malah menjadikan Syifa sebagai pelampias emosi. "Kalau awak benci sangat, kenapa tak bunuh je saya, Nadhir?" - luah Syifa suatu hari, saat dia sudah tidak mampu lagi menyembunyikan luka di hati. Namun Nadhir kekal ego, menolak setiap kasih yang dihulur. Sehingga akhirnya, Syifa memilih untuk pergi. Dan saat itulah Nadhir mula terasa kehilangan. Rindu yang disangkal mula menyiksa. Adakah masih ada peluang kedua untuk mereka? Masihkah Syifa sanggup membuka pintu hati setelah terlalu lama disakiti? Atau perkahwinan ini akan kekal sebagai satu ikatan tanpa jiwa? Segalanya terjawab dalam Bukan Pilihan Hati, sebuah kisah tentang cinta yang datang tanpa diminta, tentang pengorbanan yang tidak pernah dihargai, dan tentang bagaimana takdir punya caranya sendiri untuk menyatukan dua hati. Start: 6 Jun 2021 End:11 Julai 2021