[SPORT ROMANCE 3]
Bila cinta dibalas dusta, dendam menjadi pelindung rasa.
Aydan Syimir, si lelaki bermulut manis, tahu cara mencairkan hati wanita. Sera Dynala pula, si gadis lincah yang tak pernah serik membalas setiap gurauan dan usikan. Bersama, mereka seperti pasangan bahagia yang dijanjikan syurga.
Namun, langit tak selalu cerah. Saat kecurangan Aydan terbongkar, dunia Sera runtuh sekelip mata. Cinta yang dibina atas dasar kepercayaan, kini musnah dibakar pengkhianatan. Dari kasih menjadi benci, dari benci menjelma dendam.
Sera bukan lagi gadis yang sama. Dan Aydan... belum tahu badai apa yang sedang menanti.
"I miss you, Seraphic..." - AYDAN SYIMIR
"Shut up, and move on Syimir." - SERA DYNALA
Kini, Sera kembali. Bukan untuk cinta, tapi untuk membalas dendam.
Sebagai fisioterapis baharu di kelab bola sepak terkenal, Astral Reign United, Sera menjejak langkah ke tempat yang menyimpan sejarah paling perit dalam hidupnya, di mana Aydan Syimir kini menjadi bintang lapangan hijau.
Perasaan lama yang cuba dipadam kembali menyala. Tapi kali ini, Sera bukan datang untuk jatuh cinta semula. Dia datang untuk menjadikan Aydan jatuh... sehancur dirinya dahulu.
Antara cinta yang pernah bersemi dan dendam yang membara, mampukah hati yang pernah dilukai kembali percaya? Atau akan ada jiwa yang rebah sekali lagi dalam permainan rasa yang tak pernah adil?
"Keep acting like you don't care... Just remember, I taught you how to hide it."
START : 26 FEBRUARI 2026
END :
Warning ❗️
•Typo dan penanda wacana bersepah sebab tak edit lagi. Baca lah dulu yang versi typo ya. Maaf.
•Please lower your expectation sebab plot cerita ini agak membosankan dan cliche 😘
•Bagi yang confuse dengan watak and certain scene dlm cerita ini, maaf ya. Ada berkait sedikit dengan cerita Her Man. Cerita ini saya unpublish buat sementara waktu 🫶🏻
Megat Syafiq x Tengku Sarah
" Aku bagi kau pilihan Ara, batalkan perkahwinan kau atau kau akan menyesal " - Megat Syafiq
Kejam! Pemusnah! Durjana!
Semua perkataan negatif buat lelaki itu tertanam di dalam otak Tengku Sarah.
Disaat dirinya diambang kebahagiaan, kemunculan semula lelaki itu membuatkan hidup Tengku Sarah kucar kacir.
" You're mine. Takkan ada lelaki yang boleh rampas 'hak' aku ". So, kau cubalah larikan diri macam mana sekalipun, kau tetap akan jadi milik aku Ara " - Megat Syafiq
Sulit. Bagaimana dia mahu membuat lelaki itu mengerti jika mereka tidak mungkin akan bersama seperti dulu lagi tambahan pula dia akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.
" Bukan mudah untuk saya cantumkan kembali hati yang awak dah hancurkan suatu ketika dahulu. Kemunculan awak membuatkan hati saya kembali berdarah " - Tengku Sarah
Sudah puas mengelak, takdir berkata lain. Akhirnya mereka bersatu kerana satu tragedi.
" Bagi aku satu peluang untuk betulkan semuanya Ara " - Megat Syafiq
" Awak adalah 'buku' yang saya mahu hapuskan selamanya bahagia. Kembali kepada awak sama saja seperti membaca buku yang sama kerana pengakhiran kita tidak akan bahagia Syafiq"
" Ikhlas hanya berlaku pada peluang pertama, jika saya beri awak peluang kedua, keikhlasan itu akan berganti dengan dendam. Awak sanggup ke hidup dengan saya yang akan jadi pendendam? "
Mampukah Duda anak satu ini menebus kembali 'kesilapan' yang pernah dia lakukan?