𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐦𝐬𝐲𝐚𝐫
  • Reads 441
  • Votes 50
  • Parts 2
  • Reads 441
  • Votes 50
  • Parts 2
Ongoing, First published Nov 09, 2023
Spin-off Her Own Beauty

[Diminta untuk baca dahulu Her Own Beauty sebelum baca karya ini supaya tiada kekeliruan watak]

Pendiam? Terpaling senyap? Atau... bisu? Satu perkataan itu saja yang boleh digunapakai ke atas Aralyn Felora. Sudah sejak dia celikkan mata melihat bumi Tuhan ini dia tidak boleh membuka mulut apatah lagi melontarkan sepatah bicara. Akibat dia dilahirkan bisu, dia tidak tahu bagaimana untuk melampiaskan rasa. Akhirnya, hanya dengan menjadi penulis saja boleh membuka pekung untuk Aralyn meluahkan segala yang tersimpan rapi di dalam jiwa. Meluahkan melalui coretan aksara.

Azhad Amsyar Al Qaswar. Seorang lelaki yang dinginnya mengalahkan suhu di Antartika! Tanya sekali, hanya angguk. Kalau tidak, mesti geleng. Kalau bercakap pun sepatah demi sepatah saja macam orang yang sudah kehabisan bateri sosial.

Di sebalik sikap beku yang sering ditayang di khalayak ramai, tersimpan kemas jawatan tingginya yang tiada siapa tahu. Biarlah ia kekal rahsia. Amsyar sendiri tidak ingin identiti sebenarnya diketahui orang ramai. Dia sudah lali. Kerana jawatan berpengaruh itu dan kerana dia ialah anak kepada CEO gah seantero dunia, ramai saja perempuan yang mencuba nasib. Bukan Amsyar tidak tahu, yang dimahukan bukan cinta sebaliknya wang ringgit. Ah, dia bosan!

"Aralyn Felora? Betul ke ni nama awak?" - AZHAD AMSYAR AL QASWAR

"Betul lah. Takkan saya nak beri resume dengan nama palsu pula?" - ARALYN FELORA

"Aralyn Felora... unik nama." - AZHAD AMSYAR AL QASWAR

Pelik. Sejak bertemu dengan si bisu, semakin becok pula mulut Amsyar melepaskan bicara. Tak seperti Amsyar yang dikenali sebagai seorang kaki beku. Mengenali Aralyn Felora berjaya membuka pintu hatinya untuk menjemput sebuah rasa yang dia sendiri keliru. Gadis itu... buat dia keliru.

"Apa yang awak nampak ni hanya luaran. Awak tak tahu betapa hancurnya dalaman saya, Encik Amsyar." - ARALYN FELORA

"Tak apa. Saya suka pasang benda yang dah hancur. Lucky then you met me." - AZHAD AMSYAR AL QASWAR
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐁𝐢𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐀𝐦𝐬𝐲𝐚𝐫 to your library and receive updates
or
#21idol
Content Guidelines
You may also like
THE REVENGE OF DEMONIA -(OG)  by lysyvlyn
36 parts Ongoing
'' Awak Tengku Riaz Dayyan kan? '' - Aryssa Mikhayla '' Not me, you're the wrong person. '' - Tengku Kherr '' Tipu! Saya ingat lagi cincin dan rantai leher ni, pemberian oleh arwah mummy awak!!!. - Aryssa Mikhayla Tengku Kherr William Mikhaleeq, jejaka tinggi lampai dan tampan, membuatkan gadis-gadis cair dan berangan untuk menjadi surinya. Namun, di sebalik wajah menawannya, dia seorang yang dingin dan beku. Siapakah Tengku Kherr yang sebenarnya? Aryssa Mikhayla, gadis baik hati yang gemar menolong, juga memiliki sisi kasar dan lemah lembut. Sering dipijak oleh kakak tirinya, mampukah dia melawan? Kerana dendam yang terpendam, Tengku Kherr berjaya memperdaya keluarga Dato' Hilman. Selama 15 tahun dia memerhati, kini tiba masanya untuk membalas dendam. '' I miss you so much, Ryssa." - Tengku Kherr '' Abang Riaz, mana abang pergi? Ryssa perlu kan abang di sisi." - Aryssa Mikhayla '' Sabar Mio Angelo , tak lama lagi semua nya akan selesai, aku janji''-Tengku Kherr '' Apa maksud awak? saya tak faham." - Aryssa Mikhayla '' Aku minta maaf, Mio Angelo . Aku takde niat nak tipu kau" - Tengku Kherr '' Takde niat awak cakap?! i hate you so much, Kherr! " - Aryssa Mikhayla '' Aku cinta kan kau, Mio Angelo ! aku cinta kan kau sangat-sangat ! '' - Tengku Kherr '' Cinta? awak cinta kan saya? tch! Awak dah tipu saya, awak boleh pulak cakap awak cinta kan saya ke Tengku Kherr William Mikhaleeq?!" - Aryssa Mikhayla Mampukah Tengku Kherr dan Aryssa Mikhayla bersatu? Dapatkah mereka mempertahankan cinta di tengah cabaran yang mendatang? This story is from my idea And don't ever try to copy my work‼️‼️ Jangan meniru idea saya! saya takkan halal kan sedikit pun! ‼️‼️ Tatabahasa kelaut. Jangan marah.
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
61 parts Ongoing
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
You may also like
Slide 1 of 10
Ezran Haq: Cinta Yang Tak Sempurna (RAW) cover
Mr. Forest: Arfan Jibrail ✔ cover
𝐎𝐮𝐫 𝐇��𝐞𝐚𝐫𝐭 𝐓𝐨𝐠𝐞𝐭𝐡𝐞𝐫  [ In Editing ] cover
Miss Dangerous Lecturer  cover
THE REVENGE OF DEMONIA -(OG)  cover
[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! cover
MY HUSBAND  [C] cover
Leo's Addiction  (OG) cover
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  cover
Peluang Kedua Buatku | ᥴ cover

Ezran Haq: Cinta Yang Tak Sempurna (RAW)

69 parts Complete

Ezran dan Ayreen sudah berkawan sejak umur 5 tahun, sewaktu keluarga Ezran berpindah di depan rumah keluarga Ayreen. Persahabatan sejak kecil begitu indah tanpa sedar Ayreen jatuh cinta pada Ezran namun dia memendam perasaan itu kerana tidak mahu persahabatan mereka hancur. Sehingga usia mereka 16 tahun, muncul Hanna dalam hidup mereka. Perasaan Ezran sewaktu pertama kali melihat Hanna entah kenapa hatinya berdegup kencang, jiwanya tenang melihat wajah jelita milik Hanna. Sebagai seorang sahabat yang akan sentiasa kekal menjadi sahabat Ezran. Ayreen menjadi saksi percintaan mereka dari bangku sekolah sehingga ke jinjang pelamin "aku doakan kau sentiasa bahagia walaupun bukan dengan aku, Ezran Haq" Ayreen melangkah pergi meninggalkan majlis Ezran sekaligus meninggalkan kehidupan yang di penuhi kenangan bersama lelaki itu. Dia harus berhijrah ke tempat lain, lelaki yang dia sayang selama ini sudah berada di tangan yang tepat.