His Little Angel by Edryanna Rose
9 parts Ongoing E N D R A N U F A E L • A N G G U N Y A R R A
B Y E D R Y A N N A R O S E
Jalan cerita hidup Anggun Yarra berubah apabila dia diculik oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika mana majlis perkahwinannya bakal berlangsung. Motif? Tidak tahu. Punca? Lagilah tidak tahu! Tapi dirinya disimpan rapi selama 2 bulan tanpa pengetahuan sesiapa termasuk ahli keluarga.
"Tak, sekarang ni kenapa awak culik saya? Saya buat salah apa dekat awak? Awak dah hancurkan majlis kahwin saya tahu tak?!" - Anggun Yarra -
"Gila ke apa nak biarkan isteri sendiri kahwin lagi sekali? Takkan ada lelaki yang nak biarkan isteri dia kahwin lain. Menyimpang agama namanya." - Endra Nufael -
Hairan, selama dia hidup 25 tahun rasanya tidak pernah sekalipun dirinya diijabkabulkan oleh sesiapa. Dia masih bujang dan kini sedang bercinta dengan lelaki pilihannya sendiri, Doktor Umayr. Cuma, ada satu ketika itu dia kemalangan dan segala memori terhapus begitu sahaja. Segala kenangan pahit dan manis hilang tanpa meninggalkan satu debu pun.
"Mama takkan izinkan Endra jejakkan kaki dekat dalam rumah ni, Yarra. Dia dah hancurkan keluarga kita. Takkan Yarra nak hidup dengan lelaki kotor macam ni?" - Puan Marissa -
Keadaan semakin genting. Sedikit demi sedikit memori lama mencalit satu per satu ruang di dalam kepala.
"Awak bunuh ayah saya sebab dia berhutang dengan awak? Bila awak serba salah tengok saya bersedih, awak kahwin dengan saya untuk tebus kesalahan jijik awak tu kononnya nak jadi pengganti ayah saya. Kejamnya awak, Endra." - Anggun Yara -
"Maafkan abang, sayang. Tapi abang tak pernah tipu perasaan abang sendiri. Abang memang cintakan Yarra." - Endra Nufael -
"Saya bersumpah, takkan ada ruang sikit pun dalam hati saya untuk awak. Dan jangan bermimpi untuk saya balas cinta awak, Endra Nufael." - Anggun Yarra -
Kecewanya hati, Tuhan saja tahu. Mampukah Endra merebut hati Yarra semula atau lafaz talak saja jalan terakhir? Nantikan.
© ALL RIGHT RESERVED