94 parts Complete Tiada ungkapan lain yang boleh diucapkan selain beku , sejuk dan dingin .
Itu merupakan ungkapan yang sangat sinonim dengan perwatakan lelaki itu . Susah untuk didekati dan sukar untuk difahami oleh sesiapa .
Kenapa dia begitu dingin ? Kenapa dia suka menjauh ? Apa yang disimpan oleh dirinya itu sehingga sukar untuk menikmati indahnya dunia ?
Sebegitu keras tangkai hatinya untuk membuka bicara dan menyatakan rasa buat semua di sekelilingnya . Tetapi , kenapa ?
" Kau jiwa aku . " - Isyraf Nazran .
Satu ucapan itu , lantas terlahir daripada dirinya . Bagaimana dirinya yang beku , dingin dan sejuk itu mampu cair begitu sahaja ? Cair di dalam dakapan gadis itu secara tiba - tiba ?
-----
Bandana Headband yang sering tersarung indah di dahinya itu menjadi simbolik bagi seorang Isyraf Nazran .
Walaupun begitu, adakah kisah hidup lelaki ini , sama indahnya dengan Bandana Headband yang sentiasa terhias di dahinya itu ?
Adakah kehidupan dunia remaja dan cinta remajanya pada usia muda ini , akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya bersama seorang Ilya Nasuha ?
" Suka Isy atau Tuan Naz ? " - Isyraf Nazran .
" Isy . " - Ilya Nasuha .
Adakah benar cinta sejati mampu mencantumkan dua hati yang telah lama berpisah , menjadi satu semula dengan sebuah ikatan perkahwinan ?
Cinta remaja pastikah akan kekal hingga ke akhirnya ? Kekal hingga mereka tua ?
Bila kedinginan mula mengawal dan bermaharaja lela di dalam hati dan organ lelaki dingin ini , mampukah cinta wujud di dalam hati kosong miliknya ?
Tetaplah percaya , kerana Dia Si Pembeku Cinta .
DILARANG PLAGIAT !