Muhammad Rakyal Hakeem seorang lelaki yang gila kerja. Sikap itu membuatkan dia tidak melayan kepada mana-mana perempuan. Raykal juga seorang lelaki yang pembersih. Pantang ada habuk dan kotor di mana-mana tempat pasti dia akan hamburkan kemarahannya kepada pekerja yang ditugaskan untuk membersihkannya. Nurin Rusydina pula seorang gadis lemah lembut dan menutup aurat. Dina terpaksa keluar kampung mencari kerja untuk menyara adiknya yang masih bersekolah. Dina hanya mempunyai ibu dan adiknya sahaja. Bapa Dina telah kembali ke rahmatullah kerana serangan jantung. Takdir mengubah segalanya apabila Dina terpaksa berkahwin dengan bos tempat kerjanya hanya kerana satu kejadian yang sangat pahit.