
Arjuna Syiraz. Seorang jejaka tampan yang boleh menarik perhatian para gadis apabila melihatnya. Impian Arjuna untuk menjadi seorang doktor telah tercapai namun rezeki dia berpihak ke arah seorang doktor di salah sebuah hospital sakit jiwa. Keadaan semasa Arjuna bekerja di sana semuanya baik-baik sahaja sehinggalah ada seorang lagi pesakit yang telah dimasukkan kesini. Armel Mikayla. Seorang gadis yang mempunyai rupa,adab dan sebagainya.Tetapi sayangnya,dia ialah salah seorang bekas banduan yang telah dianggap serong oleh masyarakat sekeliling atas tuduhan membunuh adik perempuannya sendiri. Armel dianggap hina dan keji di mata kedua ibubapanya. Namun, masa depan dia berubah serta merta apabila nama dia telah didaftarkan dalam sebuah hospital yang dipanggil 'hospital sakit jiwa'. Hanya disebabkan satu kesalahan yang dia buat, Arjuna menawarkan dirinya untuk berkahwin dengannya. Bagi Arjuna, ia tidaklah sehina yang dianggap kerana setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan dalam hidupnya sendiri. Arjuna berjanji akan menjaga Armel dan mengubati hati Armel yang sedia terluka sehingga sembuh. Arjuna tahu, yang Armel tidak melanggar adiknya sendiri. Kakak mana yang sanggup melukakan darah dagingnya sendiri sehingga menyebabkan arwah?Tous Droits Réservés
1 chapitre