𝐑𝐲𝐚𝐧: 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝, 𝐌𝐫 𝐄𝐧𝐢𝐠𝐦𝐚 [𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤]
  • Reads 152
  • Votes 6
  • Parts 3
  • Reads 152
  • Votes 6
  • Parts 3
Complete, First published Nov 20, 2023
Siapa sangka disebalik seorang pelajar psikologi itu mempunyai kisah silam yang cukup gelap dan dilaknati Tuhan. Tak terjangka apabila dia mampu jatuh cinta pandang pertama dengan seseorang yang tak mampu dia miliki. Isteri orang! Kisah silam yang membunuh dirinya. Dia jadi sebegitu ada sebab. Kerana dendam dan sakit yang dipendam seorang diri.

"Kenapa abi dengan umi sayangkan anak tak sah taraf ni...?" - Ryan Quraish

Abi tak pernah rasa sesal walaupun sedetik sebab hidup macam ni. Abi gembira. Ryan adalah anak kebanggaan abi. Abi bangga tau bagitahu semua orang yang Ryan ni anak abi..." - Amar

Tapi lain pula pada keadaan Sofea yang dicintai diam-diam itu. Dia derita. Dia memendam derita seorang diri kerana dia hilang kesempurnaan sebagai seorang wanita. Janji yang suaminya ludahkan itu semua palsu!

"I ceraikan you dengan talak satu." - Danny Sufian

"Macam ni rupanya perasaan bila suami lafaz talak depan diri sendiri..." - Sofea Anissa

Kekurangan seorang Sofea Anissa langsung tidak menghalang Ryan Quraish untuk mencintainya. Apa perasaannya diceraikan pada usia yang muda ini? Dan apa perasaan jika terpaksa kahwin sekali lagi pada usia yang baru saja mencecah 24 tahun?

"Kita kahwin lari. A-Abang... Abang tinggalkan Ria untuk Fea. Kita hidup macam dulu, please?" - Danny Sufian

"For your information, Danny Sufian. Sofea Anissa is my fiance. So aku ada hak nak marah kau kalau kau kacau tunang aku." - Ryan Quraish

"I told you... You patut bahagia dengan Ria and bukannya tunggu i yang bakal jadi isteri Ryan." - Sofea Anissa

Apa yang terjadi, pasti ada hikmah. Ya, benar. Sofea hidup bahagia dengan Ryan sebagai sepasang suami isteri. Hadirnya anak kembar mereka membuatkan Ryan semakin berani memegang tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. Tapi macam mana pula dengan kisah silamya yang kembali? 

Mungkin dia lupa. Dia adalah Ryan Quraish.
All Rights Reserved
Sign up to add 𝐑𝐲𝐚𝐧: 𝐌𝐲 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝, 𝐌𝐫 𝐄𝐧𝐢𝐠𝐦𝐚 [𝐄𝐛𝐨𝐨𝐤] to your library and receive updates
or
#33doctor
Content Guidelines
You may also like
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
73 parts Complete
( spin-off The Hidden Lies. ) Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah. Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED  by thenssya
37 parts Complete
BTE OFFICIAL COMPLETED Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan . Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya . Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu . " Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! " Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri . " Ba - ik tuan ... " Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .
You may also like
Slide 1 of 10
Peluang Kedua Buatku | ᥴ cover
[C] • The Way I Love You •  cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
 Yang Sempurna [ EBOOK ]  cover
Dia Amanah Buatku | OG cover
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C cover
BIDADARI TUAN ELQAR | COMPLETED  cover
MY HUSBAND [C] EDITED cover
Duri di antara kita | OG cover
AFTER LOVE cover

Peluang Kedua Buatku | ᥴ

64 parts Complete

Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023