"Lagi sekali awak sebut pasal hutang, saya ikat awak dekat tiang elektrik ni," - Muhammad Ar-Rayyan
"Sedap awak je nak ikat saya dekat tiang ni, eh?" - Nadra Haida
Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah lagi membuka hatinya untuk cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Nadra Haida, seorang gadis yang hadir bagai bayu lembut menyapa jiwa.
Nadra, dengan kelembutannya yang penuh misteri dan senyuman yang mampu mencairkan hati paling kaku, menjadi satu-satunya insan yang berjaya mengetuk tembok kukuh yang selama ini melindungi Rayyan. Dalam kesamaran hati yang tertutup rapat, cahaya Nadra menyusup perlahan, menghangatkan jiwa yang beku dan mencipta gelombang emosi yang tak pernah Rayyan rasakan.
"Actions speak louder than words, Nadra. Let me love you, and I'll show you what real love feels like." - Rayyan
Namun, takdir tidak pernah hadir tanpa ujian. Di sebalik kebahagiaan yang mula mekar, sesuatu yang gelap dan buruk menyapa mereka-sesuatu yang mampu memisahkan dua hati yang baru belajar mencintai. Dugaan itu hadir bagai ribut yang menggoncang akar cinta mereka, memaksa mereka berhadapan dengan realiti yang penuh kesakitan dan ketidakpastian.
Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sudah menetapkan bahawa perjalanan ini hanyalah sebuah kisah yang singkat? Dalam cabaran yang menduga jiwa dan perasaan, hanya waktu yang akan menentukan-adakah mereka akan meraih bahagia, atau terpaksa melepaskan segalanya dalam kepedihan.
"Nad rindu abang... Takde siapa nak lap air mata Nad, nak pujuk Nad... Tapi Nad janji, Nad akan sentiasa ada dekat sini dengan abang, walaupun abang ambil masa bertahun untuk kembali semula pada Nad... Nad tak akan tinggalkan abang seorang..." - Nadra
Start - 18 Dec 2023
End - 25 March 2024
[𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄]
" 𝐒𝐡𝐞'𝐬 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐧'𝐬, 𝐭𝐨𝐮𝐜𝐡 𝐡𝐞𝐫 𝐚𝐧𝐝 𝐲𝐨𝐮'𝐥𝐥 𝐝𝐞𝐚𝐥 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐦𝐞 " - Tengku Aeden Shauqeen
" 𝐈'𝐦 𝐭𝐡𝐞 𝐨𝐧𝐥𝐲 𝐨𝐧𝐞 𝐌𝐫𝐬. 𝐀𝐞𝐝𝐞𝐧 𝐒𝐡𝐚𝐮𝐪𝐞𝐞𝐧 " - Haraa Qalisha
" 𝐌𝐲 𝐥𝐨𝐯𝐞𝐥𝐲 𝐩𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐪𝐮𝐞𝐞𝐧, 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐚 𝐐𝐚𝐥𝐢𝐬𝐡𝐚 " - Tengku Aeden Shauqeen
" 𝐇𝐞𝐲, 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐜𝐫𝐲 𝐬𝐰𝐞𝐞𝐭𝐡𝐞𝐚𝐫𝐭, 𝐞𝐯𝐞𝐫𝐲 𝐭𝐞𝐚𝐫 𝐲𝐨𝐮 𝐬𝐡𝐞𝐝 𝐡𝐮𝐫𝐭𝐬 𝐦𝐞 " - Tengku Aeden Shauqeen
" 𝐃𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐮, 𝐝𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐥𝐮𝐬𝐡𝐢𝐧𝐠? " - Tengku Aeden Shauqeen
Bermula sebagai seorang gadis perkerja part-time, yang mencari rezeki bagi melangsaikan hutang peninggalan arwah ayahnya, tanpa sengaja telah menarik perhatian jejaka pujaan ramai.
Percintaan diantara dua darjat yang bermula dengan pertemuan tanpa sengaja,
Dan berakhir dengan keindahan perkahwinan yang tiada siapa duga,
Kasih sayang yang semakin dalam diantara Haraa Qalisha dan Tengku Aeden Shauqeen memupuk hadirnya cinta suci diantara mereka,
Namun dendam dan sifat cemburu orang lain menjadi penghalang diantara kesucian cinta,
Serta identiti rahsia yang tidak pernah diketahui oleh orang lain,
Mampukah Haraa Qalisha dan Tengku Aeden Shauqeen mempertahankan hubungan mereka?,
Atau turut terbuai di dalam dendam seseorang yang ingin menghancurkan syurga indah Haraa Qalisha dan Tengku Aeden Shauqeen.
🌼 Cerita ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan diantara yang hidup mahupun meninggal dunia.
🌼100% Jalan cerita ini datang dari idea dan imaginasi saya.
START : 11 JULY 2022
END : 23 SEPTEMBER 2022