Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah lagi membuka hatinya untuk cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Nadra Haida, seorang gadis yang hadir bagai bayu lembut menyapa jiwa.
Nadra, dengan kelembutannya yang penuh misteri dan senyuman yang mampu mencairkan hati paling kaku, menjadi satu-satunya insan yang berjaya mengetuk tembok kukuh yang selama ini melindungi Rayyan. Dalam kesamaran hati yang tertutup rapat, cahaya Nadra menyusup perlahan, menghangatkan jiwa yang beku dan mencipta gelombang emosi yang tak pernah Rayyan rasakan.
"Actions speak louder than words, Nadra. Let me love you, and I'll show you what real love feels like." - Rayyan
Namun, takdir tidak pernah hadir tanpa ujian. Di sebalik kebahagiaan yang mula mekar, sesuatu yang gelap dan buruk menyapa mereka, sesuatu yang mampu memisahkan dua hati yang baru belajar mencintai. Dugaan itu hadir bagai ribut yang menggoncang akar cinta mereka, memaksa mereka berhadapan dengan realiti yang penuh kesakitan dan ketidakpastian.
"Siapa ni, mama?" - Rayyan
Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sudah menetapkan bahawa perjalanan ini hanyalah sebuah kisah yang singkat? Dalam cabaran yang menduga jiwa dan perasaan, hanya waktu yang akan menentukan-adakah mereka akan meraih bahagia, atau terpaksa melepaskan segalanya dalam kepedihan.
Start - 18 Dec 2023
End - 25 March 2024
Start Revamp - 17 Dec 2025
End Revamp - ?
Prinsip wanita itu satu sahaja.
Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi.
Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesiapa, menunggu mesej daripada seseorang, bahkan menunggu jodoh yang tak kunjung tiba.
Itulah kata-kata yang dipegang oleh Falia Inara, wanita yang sudah tidak percaya bahawa lelaki baik itu masih wujud.
Namun, siapalah manusia untuk melawan takdir Tuhan? Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam dia menolak perkenalan dengan semua lelaki, Tuhan pertemukan dia dengan seorang lelaki atau secara spesifiknya, tunangan orang.
"Kau biar betul, Falia? Kau dah gila ke?"
Bukan niatnya mahu menjadi perampas, hanya mahu mengusik sedikit sahaja hubungan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu satu kebenaran.
"I tak suka bila you cuba nak buruk-burukkan tunang I!"
Lelaki itu tidak tahu apa motif Falia merapati dirinya. Apa yang dia tahu, semakin dia menolak semakin berani wanita itu mengganggu dirinya sehingga hubungannya bersama si tunang mula terjejas.
"How could you do this to me, Ihsan? You cakap you takkan sesekali sakitkan I, physical or mental."
"You are too much Aira, I'm sorry."
Di saat hati jejaka mula terpaut pada si gadis, dia pula yang perlahan-lahan menjauhkan diri.
"We're just never meant to be, Ihsan."
Sanggupkah Falia melukakan hati lelaki itu? Bagaimana pula dengan prinsip yang dipegang olehnya selama ini?
Highest ranking -
#01 in Fiction [23/02/2024]