33 chapitres Terminé Genre: Romantik Keagamaan/ Fiksyen
'Cintaku kepadamu ialah suci, namun hukum Tuhan menghalangi'.
NUR POV
Aku, Nur Laila. Mesra dipanggil Nur. Tak pernah terlintas di fikiranku memikirkan cinta yang cukup rumit untuk aku hadapi. Memilih cinta terhadap pencipta sendiri dan orang yang aku cinta itu cukup sulit. Namun, aku harus berkorban demi mengembalikan keadaan seperti sediakala. Aku yang hidup dalam kebahagiaan yang pencipta kurniakan terlupa akan dugaan yang seterusnya bakal ku hadapi. Aku tak pernah tahu erti pengorbanan sehinggalah aku berjumpa dengan dirinya. Lelaki yang sangat ku cintai. Tapi, apakan daya hatiku tetap milik pencipta.
TAEHYUNG POV
Aku mencintainya. Sangat mencintainya sehingga aku tidak pernah tahu erti lelah dalam berusaha untuk mengukuhkan kepercayaannya padaku. Aku tidak pernah jumpa seorang perempuan yang sangat baik hatinya seperti dia. Ya, dialah Nur Laila. Perempuan yang aku cintai dan perempuan yang mungkin tidak pernah dapat ku miliki. Namun, mengapa Tuhan tetap menetapkan hatiku mencintai dirinya? Aku mahu tahu sebabnya dan takdir kami. Tapi, mampukah aku menghadapi takdir yang begitu perit ini? Aku kini persis Qais Si Majnun yang menagih kasihnya Laila. Ya, benar kini aku adalah Kim Taehyung Si Gila yang menagih kasihnya Nur Laila.
Nelydia Senrose - Nur Laila
V (BTS) - Kim Taehyung
Uqasha Senrose - Kasih Xaviera
Niezam Zaidi - Ustaz Niezam
Andrea (Andweaso (Tiktoker)) - Choi Andrea
Intan Najuwa - Intan Najuwa