MARIPOSA🦋 |✓|

MARIPOSA🦋 |✓|

  • WpView
    Reads 82,218
  • WpVote
    Votes 2,007
  • WpPart
    Parts 62
WpMetadataReadComplete Wed, Jun 12, 20246h 46m
~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merimaskan dirinya. "Percayalah cakap aku Airis, kalau kau kahwin dengan aku. Kau lah perempuan paling beruntung dalam dunia ni" -Aidil Adha- Pada mulanya, Airis hanya fikir bahawa Aidil bergurau. Tapi sehinggalah Aidil mengatakan bahawa dia akan menghantar rombongan meminang, membuatkan Airis seperti cacing kepanasan. "Aidil, kita masih belajarkan. Nanti-nanti lah fikir pasal kahwin tu" -Airis Nafeesa- Kini, kenyataan yang dibuat oleh abahnya pula seperti menambah beban di bahunya. Gila ke nak suruh dia kahwin dengan lelaki yang langsung dia tak kenal? "Abah bukan tanya persetujuan akak, tapi abah cuma maklumkan pada akak sahaja. Setuju atau tidak, akak tetap kene kahwin" -Encik Suhaimi- Dengan Aidil yang tidak habis mendesak membuatkan dia rimas, dia akhirnya menerima keputusan abahnya. Tapi satu lagi masalah... Semasa majlis akad nikah, pengantin lelaki di luar negara, dia pula di dalam Malaysia. Semuanya atas alasan bahawa pengantin lelaki menyambungkan pelajarannya ke luar negara dan tidak dapat pulang. Bagaimana dia mahu bertemu dengan bakal suaminya? "Jaga maruah kau sebagai isteri aku" -Harraz Irsyad- Itu sahaja pesanan yang ditinggalkan. Lima tahun Airis Nafeesa menjadi isteri kepada Harraz Irsyad tanpa dia tahu siapa suaminya. Langsung tidak bertanya khabar, hanya duit sahaja yang akan masuk ke dalam akaun Airis setiap bulan sebagai nafkah seorang isteri. Bagaimanakah pertemuan pertama mereka setelah lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa bersua muka? Adakah Harraz Irsyad akan menceraikannya?
All Rights Reserved
#11
airis
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Mawar Terakhir | (COMPLETED)
  • [C] Beneath His Gentle Lies
  • SIAPA? |✓|
  • Aku Yang Salah [EDITING]
  • ( EBOOK ) The Heartbreaker Muammar Raid
  • 3 Gadis Bunga (Revamp)
  • C || TUAH AKALIL : THE BEGINNING
  • Dari Benci Jatuh Ke Sayang [Completed]

Maysarin × Esra Wildan (karya 1) ----- 7/11/2023 - 13/1/2024 ----- Masa kecil Maysarin tidak indah seperti orang lain. Disaat dia dilayan buruk oleh ibu kandungnya sendiri, ada orang asing yang sanggup menghulur tangan untuk membelanya dengan baik. May tiada pilihan sebaliknya terima huluran tersebut lalu pergi jauh tinggalkan dukanya. Setelah meningkat dewasa, May kembali untuk tuntut haknya sebagai anak. Kehadiran Esra Wildan yang mengaku kenal dia sedari kecil membuahkan rasa ingin tahu dalam hati Maysarin. Siapa lelaki itu? Kenapa dia tiada memori tentang lelaki itu? "Awak siapa Es? Saya betul-betul tak ingat. Cerita lah detail lagi, mana tahu saya boleh ingat." - Maysarin "Itu tugas awak untuk ingat semula, saya tak akan bagitahu." - Esra Wildan. Cis! Lelaki itu memang banyak helahnya. Namun sedikit sebanyak sikap santainya buat May jadi selesa. Mereka kahwin dan hidup bahagia tanpa gangguan sebaliknya kisah silam yang terbongkar satu demi satu membuatkan May jadi rapuh. Dia boleh jatuh terduduk bila-bila masa sekiranya tiada Esra dibelakangnya. Kematian orang yang baik dengannya membuatkan May jadi semakin berani melangkah ke depan. Namun pahit untuk ditelan, musuh sebenar adalah darah dagingnya sendiri. "Kau ni May memang lahir untuk hidup malang. Tuhan pun benci anak haram macam kau. Takdir? Takdir kau balik-balik buat orang yang dekat dengan kau mati dan kau akan dicaci maki sebab berpunca dari kau. Seperti sekarang ni lah, aku maki kau sebab kau buat ayah kau mati." - Puan Amelia "Bila fikir balik kan... May ni memang bawa sial." - May "Tiada orang yang lahir malang ke dunia. Tiada orang yang hidupnya bawa sial. Apapun yang terjadi, kita sebagai hamba-Nya harus berpegang pada takdir. Ajal maut bukan urusan kita." - Esra Ah! Andai saja lelaki itu bukan suaminya pasti sekarang dia sedang terkontang-kanting bertahan sendiri.

More details
WpActionLinkContent Guidelines