Mr. Prince & Mr. Cinderella ,[ BL, Malay ]
  • Reads 185
  • Votes 9
  • Parts 7
  • Reads 185
  • Votes 9
  • Parts 7
Ongoing, First published Nov 24, 2023
Bl gerne: green flag 🟩, mafia

           🌸>--------------------------<🌸
Suatu hari, Raja hendak mengadakan suatu majlis tari-menari di istana. Majlis itu diadakan untuk memilih calon isteri untuk putera raja. Raja mengundang semua golongan bangsawan ke majlis itu. Kakak-kakak tiri Cinderella sangat gembira apabila mendengar berita itu. Mereka mulai merancang pakaian dan perhiasan yang hendak dipakai dalam majlis itu. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ibu tiri dan kakak tiri Cinderella telah bersiap sedia untuk pergi ke istana. Mereka memakai pakaian yang cantik dan berwarna-warni. "Mak cik, bolehkah saya pergi bersama-sama?" kata Cinderella kepada ibu tirinya. "Kamu dengan pakaian yang kotor begini hendak menghadiri majlis tari- menari? Tidak boleh!" marah ibu tirinya. Mereka kemudian meninggalkan tempat itu. Cinderella sangat sedih. Dia menangis di dapur. Tiba-tiba, muncul seorang perempuan tua. "Mengapa kamu menangis, anakku?" tanya perempuan tua itu. Cinderella sangat terkejut. "Siapa nenek?" "Saya pari-pari. Saya ingin menolong kamu. Sekarang ceritakan mengapa kamu menangis," kata perempuan tua itu. "Saya ingin pergi ke istana, tetapi saya tidak ada pakaian yang cantik," kata Cinderella. Perempuan tua itu mengangkat tongkatnya. Dengan sekelip mata, Cinderella berubah menjadi seorang puteri yang sangat cantik dengan pakaian yang indah dan bergemerlapan. Dia juga memakai sepasang kasut kaca yang sangat cantik.Cinderella berasa sangat gembira. "Pergilah sekarang sebelum terlambat," kata perempuan tua. "Tetapi, ingat! Kamu mesti pulang sebelum tengah malam. Keadaan akan kembali seperti sedia kala selepas tengah malam." "Baiklah, saya akan ingat pesan nenek," kata Cinderella. Kereta kuda itu kemudian berderap dengan laju menuju ke istana. 

    🌸>-------------------------------------<🌸

Please support my story ☺️
(CC) Attribution-NoDerivs
Sign up to add Mr. Prince & Mr. Cinderella ,[ BL, Malay ] to your library and receive updates
or
#270school
Content Guidelines
You may also like
Ustaz Faqih Ruzain by Hashily90
13 parts Ongoing
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya. "Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya- "Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih- "Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya- "Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih- Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.
UNKNOWN  by CIK_ZALIKHA
60 parts Ongoing
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
You may also like
Slide 1 of 10
AFFAN_ADRA | In Editing cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
GHAZI UQAYL cover
Ameliazone [OG] cover
Sempurnakan Cinta Kita | C cover
Ustaz Faqih Ruzain cover
Bukan Aku Tak Cinta cover
UNKNOWN  cover
LOVE & YOU cover
My Supernova [ C ] cover

AFFAN_ADRA | In Editing

94 parts Ongoing

Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis yang bertubuh berisi dan mempunyai gummy smile. Dan penampilannya juga tidak menarik. Dalam diam dia menyukai seorang lelaki yang dia temui di cafe kesukakaanya. Kerana rasa tidak layak dan dia sedar dia sangat jauh dari type lelaki itu, dia hanya meluahkan isi hatinya dalam diari miliknya. 'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.' 'Fii Amanillah the guy I odore the most' Affan Adry bin Mohd Fathi. Berkulit hitam manis. Matanya hitam pekat yang mendebarkan bagi yang melihat. Seorang barista dan dalam diam dia juga menyimpan perasaan pada gadis yang selalu mengunjungi cafe miliknya. Di saat hati mula yakin, dia ingin melamar gadis itu ketika ulang tahun kelahirannya. 'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa) Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula. 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]