68 parts Complete Mature[ Book 2 ]
Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Sering sahaja digelar 'tomboy' oleh orang sekeliling tetapi dia peduli apa... ini hidup dia, dia berhak buat apa sahaja dia mahukan. Itulah prinsip hidup seorang Raysa Amanda.
Heriz Zayyan, seorang lelaki yang bekerja sebagai juruterbang, memiliki kekayaan yang luar biasa, perwatakan dingin dan sombong. Walaupun usia sudah meningkat, tidak pernah terfikir dirinya untuk berkahwin. Baginya, perempuan hanya menyusahkan. Tiada yang boleh menyenangkannya, rumit!
Pertemuan antara Raysa dan Heriz yang tidak dirancang membuatkan gadis itu mula menaruh hati. Sifat Heriz yang protective dan caring sentiasa memberinya harapan untuk memiliki lelaki itu.
Namun... Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya...
Hati yang berbunga indah untuk lelaki itu mula layu apabila Heriz menaruh hati pada sahabat baiknya, Aleeya Qistina.
"Eh, aku rasalah kan aku dah jatuh cintalah, Raysa." -Heriz Zayyan
Terus terkubur harapan yang menggunung, hati yang sentiasa berkembang mekar untuk lelaki itu mula mati sedikit demi sedikit dihenyak kenyataan.
Mampukah Raysa Amanda menerima kenyataan bahawa lelaki yang dicintai tidak mampu dimiliki?
Highest ranking no. 1 in sad romance ( 28/9/2022 )
Highest ranking no. 1 in sad ( 6/10/2022 )
Highest ranking no. 1 in broken ( 29/10/2022 )