Story cover for BEAST (On Hold) by TheFnlini
BEAST (On Hold)
  • WpView
    Reads 2,085
  • WpVote
    Votes 201
  • WpPart
    Parts 16
  • WpView
    Reads 2,085
  • WpVote
    Votes 201
  • WpPart
    Parts 16
Ongoing, First published Nov 27, 2023
TRIGGER WARNING: cerita ini mempunyai elemen-elemen penderaan, sexual abuse, cannibalism, penggunaan dadah dan seangkatan dengannya yang mungkin dirasai sensitif dan mengganggu oleh sesetengah pihak. Baca atas risiko sendiri.

━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━═━

"Kalau nak tangkap raksasa, kita sendiri memerlukan raksasa."

-----

Susulan daripada kematian lima anggota polis yang dipercayai berpunca daripada makhluk ganas, Husna Aisya, seorang ejen terlatih daripada Modern Police Agency (MPA) telahpun dipanggil untuk mengambil alih kes tersebut. Bagi memastikan kejayaan berpihak kepadanya, pihak atasan telahpun merekrut seorang penjenayah dari Penjara Bawah untuk membantu Husna dalam misi ini.

"Kecil begini dikatakan ejen terlatih? Hahaha! Satu jentik saja cukup untuk aku tamatkan kau!" - Zack

Namun begitu, keadaan bertambah rumit apabila penangkapan makhluk tersebut telah membongkar jenayah yang lebih besar - perluasan kartel dadah yang menjadi punca peningkatan kadar jenayah.

Sekali lagi, Husna dan pasukannya dipanggil bagi mencari dan menangkap dalang disebalik kebinatangan manusia.

Sungguhpun demikian, bekerja dengan bekas penjenayah bukanlah sesuatu yang mudah.

"Oi, doggy! Buatkan aku kopi! Hahaha!" - Najmi

"Saya tak faham, kenapa semua orang sangat kejam? Apa salah saya pada mereka?" - Nathan

"Andai bukan disebabkan alat tak guna ni, dah lama dia mati di tangan aku." - Zack

Tidak dianggap manusia. Dilayan seperti binatang. Hidup dalam kesengsaraan. Apakah mereka berhak menerima semua ini?

"Zack, lindungilah apa yang awak sayang..."

;D-42

-----

- 50% sci-fi
- 40% action
- 10% thriller
All Rights Reserved
Sign up to add BEAST (On Hold) to your library and receive updates
or
#16strongfemalelead
Content Guidelines
You may also like
A Dangerous Couple [REMAKE] by qeehoney
6 parts Complete Mature
Mengisahkan tiga jejaka mafia yang dikenali sebagai MAFIA ACE, iaitu Zayder, Alpha dan Xavier.Mereka tidak pernah terfikir untuk memiliki teman hidup kecuali Zayder. Tapi sejak bertemu anak kawan ibu bapa mereka, banyak pula cabaran untuk mereka lawan terutamanya keinginan mahu bercinta.Gadis - gadis itu bukan sahaja cantik tapi kembar tiga pula.Namun secantik - cantik mereka pun bukanlah boleh dipandang rendah kerana mereka mempunyai rahsia yang harus dipendam. "Dah kalau orang luar tu buat macam orang luar tak payah nak acah macam orang Malaysia." Nur Alyssa Zaviya "Heh kemain kau ye? macamlah aku tak tahu pasal kampung.And one more thing jangan ingat aku suka kau tau.Aku tak suka kau pun."Adam Zayder Entah mengapa hati Zayder sentiasa berdegup kencang bila melihat wajah Zaviya.Jangan - jangan hatinya sudah dicuri ? tapi bukan sebab paras rupa...NO NO Zayder tetap akan pastikan hatinya tidak terjatuh pada Zaviya. "Boleh tak jangan nak menyibuk ? nampak pisau ni ? sat lagi cucuk dada tu baru tau."Nur Ayra Mysha "Cucuk boleh belah dada aku pun boleh Mysha.Asal bila kau nampak ada tulisan dekat dada aku, itulah nama kau.Dah tertulis dekat hati aku.Aku suka kau."Hans Alpha Siapa sangka si terpaling single juga boleh terjatuh hati ? "Ish jangan sibuk datang sini boleh tak ? Jangan ingat saya perempuan saya tak reti jaga diri sendiri."Nur Amirah Qasrina "Aku tak protect kau as a woman tapi I'm protecting you because you're my woman, faham tak ?"Leo Xavier Namun mereka bertiga terpaksa melupakan niat mereka menghalalkan gadis kesukaan kerana takut tidak dapat menjamin keselamatan selepas kahwin nanti.Tapi perasaan cinta itu semakin membara di hati bila ingin melupakan gadis - gadis itu.Jujur mereka ingin berkahwin dengan pilihan mereka. Agaknya berjayakah mereka bertiga memikat hati gadis kembar tiga itu ? apa yang terjadi selepas mereka berkahwin ? adakah pengakhiran mereka bahagia ? atau kematian ?
Misi IVTG by TheFnlini
26 parts Complete
IVTG - singkatan 'investigation' ---- Azhad Aakif telah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah tragedi ngeri. Lapan tahun kemudian, sahabatnya pula yang pergi mengikuti langkah ibubapanya. Melihatkan sahabat yang dianggap seperti keluarga sendiri dibunuh secara kejam dan tragis, telah menaikkan lagi api amarahnya. Dari saat itu, dia telahpun bertekad untuk mencari dan menjatuhkan hukuman ke atas si pelaku. Tekadnya yang kuat telahpun membawanya ke Bukit Aman, menjadi salah seorang inspektor di sana bersama satu misi yang diberikan nama IVTG. Dia bertemu dengan Aliff Hazmi - seorang pegawai yang telah menjadi rakan sekerjanya dari awal pertemuan lagi, dan Inspektor Zulhilmi - seorang polis bantuan dari Terengganu yang dirasainya amat menjengkelkan. Dalam dia berusaha mencari pembunuh sahabatnya, dia, Aliff dan Hilmi ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan bersiri melibatkan seorang pembunuh handal. Tidak meninggalkan jejak, hanya sticky note misteri sebagai petunjuk. Malah, apa yang lebih dahsyat, perungkaiaan misteri tersebut turut sama membawa Aakif kepada satu pembongkaran yang bakal merubah hidupnya. "Setiap yang hadir, pasti akan pergi. Setiap yang pergi, pasti akan diganti..." - Khairul Mustakim "Kenapa aku jadi polis, ya? Sebab aku nak elakkan perkara sama terjadi pada aku, terjadi pada orang lain." - Aliff Hazmi "Kenapa kau bunuh dia? Apa salah dia dekat kau, hah! Kau tahu tak apa yang aku dan keluarga dia lalui disebabkan kau?" - Azhad Aakif "Aku betul-betul tak nak buat ni Aakif. Tapi kalau kau tetap tak nak lepaskan suspek, maka aku terpaksa lepaskan peluru ni." - Zulhilmi "Maafkan aku..." - Farhan Fahimi Misteri berganti misteri, hinggalah akhirnya tiba penghujung buat segala penderitaan ini. Kebenaran memang menyakitkan. Tetapi akhirnya, apabila kau sedar nanti, percayalah... ia tetap akan memberi kebaikan. It's just the matter of time... ;D-21 ---- - 30% action - 40% thriller/mystery - 15% friendship - 15% motivational
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
18 parts Complete
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 by MrHazReyz
69 parts Complete Mature
[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐈'𝐦 𝐘𝐨𝐮𝐫𝐬★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ Enrique Scilert adalah seorang lelaki yang tidak pernah serius dalam menjalankan sesuatu tugasan. Setelah beberapa kali dinasihati, masih tiada yang berubah, dia tetap Enrique Scilert. "Aku jual dadah dan arak tak ada kaitan langsung dengan kau. Jahat atau kejam, itu adalah diri aku. Aku tak akan dengar nasihat orang lain sebab aku sendiri pun ada ni," kata Enrique sambil menunjuk sisi kepalanya sendiri. Freddy Mouri, seorang lelaki normal. Dia setia bekerja di bawah Hezrick namun dia menyedari sesuatu... dia harus bertanggungjawab di atas semua yang berlaku. Kisah terbaru bermula apabila 'sebatang tiang rumah mula tumbang'. Persahabatan mereka goyah disebabkan satu keputusan berdasarkan ketamakan diri mula diputuskan. "Jadi sekarang... kau benci aku?" "Aku tak pernah terfikir untuk benci kau." "Habis tu apa yang kau fikir kau buat?! Benda ni takkan selesai selagi salah seorang daripada kita tak mati!" Mereka tersepit dan memulakan peperangan sesama sendiri. Tiada sesiapa yang mampu menghentikan mereka. Apakah konflik yang akan berlaku dalam keluarga mafia ini? Segala persoalan akan terjawab setelah anda membaca The Mafia sehingga habis, yeah! ※ Cerita saya, gaya saya. ※ Terdapat kata-kata kesat yang melampau. ※ Baca I'm Yours dulu sebelum baca kisah ini bagi mengenali perangai nakal si mafia-mafia ini. Enjoy it! Thank you!
HAZRAEL | TERBIT by harleenxira
30 parts Complete
2020/2021 "Antara rahsia dan kisah silam." *** Naina Hijannah, seorang pegawai penyiasat polis yang direhatkan dari kerja atas faktor penyakit murungnya yang semakin serius. Tapi apabila berlaku pembunuhan yang berkait rapat dengan hidupnya, dia tak mampu duduk diam! Naina tetap menjalankan tugas walaupun sudah dilarang oleh ketuanya. Neil Hazrael, lelaki misteri yang entah dari mana muncul, menyelamatkan hidup Naina dari 'menyentuh' kematian. Akibatnya, dia pula yang hampir mati. Naina terpaksa bertanggungjawab atas kecederaan parah lelaki itu. Menyampah? Ya, sangat! Namun dalam tak sedar, Hazrael sebenarnya menyuluh cahaya yang dah lama Naina inginkan. "Kau kenapa? Dah puas hidup? Dah banyak amalan sampai nak ambil nyawa sendiri?" -Neil Hazrael. Namun, apabila kes semakin serius dengan campur tangan penggodam genius, hidup Naina kian teruk. Apatah lagi penggodam genius, musuh utama pihak polis seringkali mengetahui tingkah laku sehariannya. Stalker! Apa yang dia mahu? Pertumpahan darah? Soalan penting, siapa gerangannya? Dan dalam mencari jawapan itu, Neil Hazrael seringkali berada di sisi Naina, memberi semangat dan membantu untuk menyelesaikan kes. Sehinggalah suatu hari, kepercayaan Naina terhadap Hazrael semakin luntur. Ada yang tidak kena dengan lelaki itu! "Bunuh aku, kau bunuh diri kau sendiri," -Naina Hijannah. Disitu, muncul lagi satu persoalan. Dapatkah Naina menyelesaikan kes rumitnya itu? Bagaimana pula dengan Hazrael? Siapa dia? Seorang hero atau pengkhianat? Suspek yang lain juga terlalu ramai, bagaimana? *** Cover by: @hdaynie❤️
You may also like
Slide 1 of 9
A Dangerous Couple [REMAKE] cover
Allium Cepa. [COMPLETE] cover
Misi IVTG cover
SELENOPHILE (OG) cover
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) cover
MAZE [ COMPLETED ] cover
Miele Adelia  cover
𝐓𝐡𝐞 𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 cover
HAZRAEL | TERBIT cover

A Dangerous Couple [REMAKE]

6 parts Complete Mature

Mengisahkan tiga jejaka mafia yang dikenali sebagai MAFIA ACE, iaitu Zayder, Alpha dan Xavier.Mereka tidak pernah terfikir untuk memiliki teman hidup kecuali Zayder. Tapi sejak bertemu anak kawan ibu bapa mereka, banyak pula cabaran untuk mereka lawan terutamanya keinginan mahu bercinta.Gadis - gadis itu bukan sahaja cantik tapi kembar tiga pula.Namun secantik - cantik mereka pun bukanlah boleh dipandang rendah kerana mereka mempunyai rahsia yang harus dipendam. "Dah kalau orang luar tu buat macam orang luar tak payah nak acah macam orang Malaysia." Nur Alyssa Zaviya "Heh kemain kau ye? macamlah aku tak tahu pasal kampung.And one more thing jangan ingat aku suka kau tau.Aku tak suka kau pun."Adam Zayder Entah mengapa hati Zayder sentiasa berdegup kencang bila melihat wajah Zaviya.Jangan - jangan hatinya sudah dicuri ? tapi bukan sebab paras rupa...NO NO Zayder tetap akan pastikan hatinya tidak terjatuh pada Zaviya. "Boleh tak jangan nak menyibuk ? nampak pisau ni ? sat lagi cucuk dada tu baru tau."Nur Ayra Mysha "Cucuk boleh belah dada aku pun boleh Mysha.Asal bila kau nampak ada tulisan dekat dada aku, itulah nama kau.Dah tertulis dekat hati aku.Aku suka kau."Hans Alpha Siapa sangka si terpaling single juga boleh terjatuh hati ? "Ish jangan sibuk datang sini boleh tak ? Jangan ingat saya perempuan saya tak reti jaga diri sendiri."Nur Amirah Qasrina "Aku tak protect kau as a woman tapi I'm protecting you because you're my woman, faham tak ?"Leo Xavier Namun mereka bertiga terpaksa melupakan niat mereka menghalalkan gadis kesukaan kerana takut tidak dapat menjamin keselamatan selepas kahwin nanti.Tapi perasaan cinta itu semakin membara di hati bila ingin melupakan gadis - gadis itu.Jujur mereka ingin berkahwin dengan pilihan mereka. Agaknya berjayakah mereka bertiga memikat hati gadis kembar tiga itu ? apa yang terjadi selepas mereka berkahwin ? adakah pengakhiran mereka bahagia ? atau kematian ?