36 parts Ongoing Siapa sangka setelah hampir 8 tahun menghilang, akhirnya Fawwaz Daiyan kembali muncul ke dalam hidup Aulia Haura? Berkahwin atas aturan keluarga dan pergi menghilangkan diri tanpa memberitahu. Kini, kembali dengan berstatus duda dan sudah beranak satu.
"Hei, adik... Kenapa awak menangis ni?" - Aulia Haura
"P-papa saya tinggalkan saya.." - Iman Haura
"Nama awak siapa?" - Aulia Haura
"Nama sa-saya Iman Haura." - Iman Haura
"Eh, nama kita sama lah.. Cuma awak Iman Haura. Nama kakak pula Aulia Haura." - Aulia Haura
"Ok, dah jangan nangis lagi. Kita cari papa awak sama-sama ya.." - Aulia Haura
Ternyata, kanak-kanak perempuan yang ditemui di pusat membeli belah tempoh hari rupanya adalah anak kepada bekas kekasihnya, Fawwaz Daiyan.
"Kenapa awak pergi macam tu je!? Lepas tu, kahwin dengan orang lain!" - Aulia Haura
"Lagi pun, perkahwinan tu dah diaturkan oleh papa saya dan kawannya.. Maafkan saya. Saya terpaksa, Haura." - Fawwaz Daiyan
"Awak tahu tak, 8 tahun saya tunggu awak. Tahu-tahu je, awak dah ada anak." - Aulia Haura
Apakah yang akan berlaku selepas kejadian tersebut? Dapatkah Fawwaz menawan kembali hati seorang Aulia Haura?