His Little Zahra' [Ongoing]

His Little Zahra' [Ongoing]

  • WpView
    Reads 348
  • WpVote
    Votes 48
  • WpPart
    Parts 16
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jun 26, 2025
-His Little Zahra'- Hannah Auleaa, seorang gadis berusia 19 tahun, kehilangan seluruh dunianya dalam sekelip mata apabila kedua orang tuanya maut dalam sebuah kemalangan tragis, hanya tiga hari lalu. Kematian mereka bukan sahaja meragut kebahagiaan hidupnya, malah meninggalkannya dalam kemurungan yang dalam, trauma yang membekas, dan kesunyian yang tiada penghujung. Kini, dia bergelar yatim piatu-terlantar tanpa arah dan harapan. Namun, takdir menemukan Hannah dengan Dr. Harraz Mikaeel, seorang pakar psikiatri dan pakar bedah di KPJ, yang hadir bukan hanya sebagai doktor, tetapi sebagai cahaya di hujung lorong gelap yang selama ini menyelubungi jiwa Hannah. Di sebalik dingin wajahnya, tersembunyi jiwa yang memahami. Perlahan-lahan, kehadiran Harraz menyembuhkan luka hati Hannah, membawa ketenangan yang sudah lama tidak dirasainya. Dalam perjalanan memulihkan jiwanya, Hannah mula menemui sesuatu yang lebih daripada harapan-cinta yang tak pernah dia duga akan hadir dalam hidupnya yang hancur. Tetapi, mampukah luka semalam sembuh sepenuhnya? Dan adakah Harraz benar-benar hadir untuk menyelamatkannya, atau dia sendiri sedang mencari penyembuh untuk jiwanya yang retak? .... PERINGATAN. ‼️ Kisah ini berkonsepkan islamik, Tiada unsur 18+, sesuai untuk dibaca oleh pelbagai umur. ‼️Berikut Watak-watak di dalam His Little Zahra' ini adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada, semuanya hanya rekaan dan untuk mengisi kekosongan masa. Adapun jika ada kesalahan ejaan atau perkataan, harap maaf dan sila beritahu jika ada kesalahan seperti yang dikatakan di atas. Terima kasih. ‼️ Jika ada ayat atau nama watak yang sama dengan yang hidup atau yang sudah meninggal, mohon maaf kerana saya menulis kisah ini berdasarkan minat dan imaginasi saya dan bukan untuk meniru karya orang lain, saya akui saya tidak berbakat dalam bidang ini, tetapi saya menulis hanya untuk mengisi kekosongan. sekali lagi mohon maaf. Penulis: sheski
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KERANA KAU YANG AKU CINTAI🍁
  • I Remember You | ✔
  • { Dream Version }Pesan Terakhir • Zhong Chenle(Ebook)
  • DANISH HAZIQ : Her Psycho Husband [OG]
  • C H A MILI O N
  • Secalit Ungu Dilangit Senja
  • Dhariz Mikayla | C
  • Imamku badboy
  • TAKDIR | NOVEL [C]

Sebenarnya keputusannya menerima Niel yang telah membuatkan hatinya dijengah penderitaan. Di sebalik kebahagiaan yang menerpa terselit penderitaan yang tidak dapat dilisan dengan kata-kata. Hatinya dipagut rasa cinta yang membara terhadap Niel. Dia leka dengan cinta Niel yang hangat membara. Niel tulus mencintainya, namun ketulusan itu terhakis kerana cemburu yang meruntun hati. "Pelacur macam kau tak layak untuk merayu, lagipun pelacur memang suka badannya ditakluk oleh lelaki." - Niel. "Awak kejam Niel! Saya takkan benarkan hati saya mencintai lelaki seperti awak lagi!"-Hannah. Hannah satu-satunya wanita yang berjaya membuka pintu hatinya, mustahil dia tidak memikat semula. "Asyik-asyik... Asyiknya bercinta dengan Hannah Qalisha." - Niel. "Awak ni suka rosakkan lagu." - Hannah. Rumah tangga mereka disulam bunga bahagia, apatah lagi mereka bakal menerima cahaya mata. Malangnya, kehadiran Wais sepupu yang paling disayangi Niel yang terlebih dahulu menjengah kehidupan mereka. Sudah lama Wais menaruh harapan terhadap Hannah, pendek kata dia bekas kekasih Hannah. Apabila Niel mendapat tahu perihal itu, dia terasa kebahagiaan Hannah bukan dengannya lagi. Tambahan pula, perubahan Hannah sejak Wais tinggal di rumah papa, Hannah melayani baik sahaja bahkan seakan mereka pula pasangan suami isteri dan dia orang luar. "Hannah, Wais rindu masa Hannah gigih pikat Wais dulu." - Wais. "Hannah juga rindukan masa dulu. Tapi..." - Hannah. Niel terdengar segalanya, perbualan antara isterinya dan Wais, ternyata cinta mereka utuh. Niel nekad meninggalkan Hannah dengan hatinya yang penuh luka. "Tergamak awak tinggalkan dalam keadaan saya sangat memerlukan awak, apa salah saya? Bukan ni cara untuk saya bahagia Niel, awak makin menyiksa hati saya. Apa erti kebahagiaan saya tanpa awak? Saya cintakan awak! Bukan Wais! Saya hanya mahukan awak. Hanya awak." - Hannah. "Hannah, aku berkorban kerana aku tahu nama aku takkan selamanya kekal di hati kau..." - Niel.

More details
WpActionLinkContent Guidelines