π‘πžππ³πš: π“πšπ€ππ’π« 𝐘𝐚𝐧𝐠 π“πžπ«π’π§ππšπ‘ | 𝐂
  • Reads 17,720
  • Votes 458
  • Parts 56
  • Reads 17,720
  • Votes 458
  • Parts 56
Complete, First published Nov 29, 2023
"Takdir yang paling indah apabila kita menjadi satu"

Khadeeja Marrysa, seorang gadis lepasan SPM yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu mahupun ayah. Abangnya menjaga dan mendidiknya dengan cukup baik sehingga kisah cintanya bersama kekasihnya juga dihalang. Tapi abangnya, Haidar hanya mahu yang terbaik buatnya, bukan?

Jejaka yang penuh kesempurnaan itu akhirnya jatuh cinta? Pelik! Muhammad Redza, jejaka yang dikatakan sempurna pada mata semua orang. Bukan saja tampan, sekali dengan pakej kuat agama! Jejaka yang baru menghabiskan pelajarannya itu sudah jatuh cinta dengan seorang gadis lepasan SPM a.k.a adik kawan baiknya.

"Perempuan ni tunang aku tau." - Muhammad Redza

"Abang Ja merepek apa?" - Khadeeja Marrysa

Dia dipaksa kahwin hanya kerana dia hampir tewas pada tangan seorang lelaki yang salah. Tapi bukan pada Redza. Dia lah orang yang paling bahagia apabila dipaksa kahwin dengan Khadeeja. Tapi satu hal yang mereka lupakan adalah Haidar Marziq. Jejaka itu keseorangan selepas dia melepaskan adik perempuannya untuk pergi ke sisi suami. Dan satu hal yang paling dia benci adalah ibu kandungnya sendiri.

"Kau jagalah bini kau elok-elok. Dia tak perlukan aku dah... Tugas aku dah tamat, Ja. Kau bahagiakanlah mak mentua kau." - Haidar Marziq

"Abang buang Deeja?" - Khadeeja Marrysa

"Kau tanya diri sendiri... Siapa buang siapa?" - Haidar Marziq

Semuanya berubah lebih teruk apabila satu kejadian menimpa ibu dan adik perempuan Redza. Dia sering terikut emosi sehingga dia lupa, ini adalah ujian daripada-Nya.

"Jangan hidup dalam masa lalu, Muhammad Redza." - Khadeeja Marrysa

"Dorang amanah daddy pada abang, Deeja..." Muhammad Redza

Semuanya kembali pulih apabila rezeki datang berlimpah-limpah pada keluarga kecil itu. Rezeki tak pernah salah alamat. Kebahagiaan kali ini tidak terbatas. Tiada lagi tangisan Redza mahupun Khadeeja. Tapi sampai bila mereka perlu hidup bahagia tanpa derita?
All Rights Reserved
Sign up to add π‘πžππ³πš: π“πšπ€ππ’π« 𝐘𝐚𝐧𝐠 π“πžπ«π’π§ππšπ‘ | 𝐂 to your library and receive updates
or
#3islamiclovestory
Content Guidelines
You may also like
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY by CikInzzz
53 parts Complete
Tidak menyangka kelahirannya di dunia adalah untuk dicemburui oleh abang kandungnya sendiri. Ketika kecil semua barang mainan akan dirampas oleh abangnya sehingga kasih sayang ibubapa pun akan dibolot oleh Noah Dzulkarnain si abang. Si adik Noah Iskandar pasrah apabila mereka dewasa pun abangnya tetap merampas apa yang dimilikinya waima kekasihnya. Namun demi kasih kepada keluarga yang disayangi membuatkan dia sentiasa beralah dengan kehendak si abang. Malah dia sanggup bekerja sebagai despatch di syarikat papanya sendiri walaupun dia mempunyai kelulusan luar negara untuk memberi peluang kepada si abang untuk menjawat jawatan tertinggi di syarikat. Bukan Noah Iskandar tidak boleh melawan tetapi ugutan Noah Dzulkarnain akan membuatkan nyawa kedua ibubapanya terancam menyebabkan dia patuh dengan segala arahan abangnya. Selagi dia dapat bertahan, dia akan terus bertahan kerana dia tahu ada tangan ghaib yang cuba merosakkan keluarganya menggunakan abangnya. Kemunculan seorang gadis yang menjadi setiausaha Noah Dzulkarnain menyemarakkan lagi perseturuan dua beradik ini. Gisela Ameena seorang gadis yang happy go lucky dan sentiasa tersenyum ini tersepit di antara kehendak hati dan kemahuan ketuanya. Klisekan. Dia tidak mahu jadi yang dikejar tak dapat yang digendong keciciran. Entah apa kesudahan dua beradik ini. Mampukah Noah Iskandar bertahan dengan segala karenah Noah Dzulkarnain? Apakah punca Noah Dzulkarnain begitu membenci Noah Iskandar? Gisela Ameena pula yang terperangkap dalam persengketaan ini pening memikir. Pilihan? Nanti dia main gunting batu kertas rasanya. Noah Iskandar: Antara abang dan kekasih... siapakah pilihannya? Gisela Ameena: Antara abang dan adik... lebih rela pilih kebaikan dari kejahatan. Noah Dzulkarnain: Akulah abang dari neraka!
You may also like
Slide 1 of 10
NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY cover
HAZEL MEDINA[β€’Cβ€’] cover
π˜Šπ˜Œπ˜– π˜”π˜ͺ𝘭π˜ͺ𝘬 ��π˜”π˜³ π˜—π˜ͺ𝘭𝘰𝘡 cover
Hadirnya Cinta cover
GHAZI UQAYL cover
[C] Cinta Kiriman Tuhan  cover
Dia, Zayn Raffael cover
Duri di antara kita [ C ]  cover
MR SNIPER ( COMPLETE ) cover
DIA CRUSH AKU 2 βœ”οΈ cover

NOAH ISKANDAR: SIBLINGS RIVALRY