Second Chance | Slow Update! OG
8 parts Ongoing Ku Elyas Mustaqim - CEO di sebuah syarikat barang kemas yang tersohor di mata dunia, K.M Jewels. Tinggi, rupawan dan mempunyai mata berwarna hazel. Seorang yang tenang tetapi berkelakuan dingin, hanya keluarganya sahaja yang dapat melihat sisi lembutnya dan tergantung pada moodnya. Disebalik raut wajah yang tenang, tersimpan banyak dendam dan rahsia gelap.
Nur Iman Khyra - Gadis manis yang tinggal bersama keluarga angkat. Gadis manis yang nasibnya sangat malang. Dia sering dicaci, dikeji dan dihina oleh orang-orang tetapi masih mampu berkelakuan baik dan bersimpati. Wajah jelitanya yang mengukir senyuman manis tersimpan banyak luka dan duka.
Kisah mereka bermula di saat iman diserbu oleh gengster jalanan.
"Free her!" - Ku Elyas Mustaqim
Kisah dia diselamatkan oleh seorang jejaka adalah seperti mimpi semata-mata. Dia amat bersyukur dan berharap agar mereka bertemu lagi. Malangnya, dunia tetap kejam akan dirinya. Sesekali dia menyalahkan takdir.
Tanpa disangka mereka bertemu lagi tetapi di antara mereka bagai tiada satupun memori yang terimbas di minda mereka. Mereka menjalani hidup seperti biasa. Di suatu masa..
"I will take care of you, I promise that. So let me accompany you in this nasty life!" - Ku Elyas Mustaqim
Namun, tetap sahaja hidupnya teruk bahkan lebih teruk dari hidupnya sebelum ini. Dia tidak sanggup menghadapinya. Sudah banyak rahsia Elyas yang dulunya tersimpan rapi sekarang terbongkar meluas. Perubahan yang amat ketara Elyas dapat dirasai. Kekurangan Iman juga semakin teruk.
"Are we were meant to be together?" - Nur Iman Khyra
"Yes. We were meant to be together!" - Ku Elyas Mustaqim
Mampukah mereka kembali bersama atau berpisah mengikut haluan masing-masing?
"I will give you a chance like He gave us chances everyday."