We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Sempurnakan Takdirku ( Slow Update)

Sempurnakan Takdirku ( Slow Update)

  • WpView
    Reads 1,474
  • WpVote
    Votes 56
  • WpPart
    Parts 28
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Apr 23, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Hana Qalisya seorang gadis introvert yang sering disisihkan dan menjadi pilihan terakhir bagi orang lain sepanjang hidupnya. Pertama kali dalam hidupnya punya keinginan untuk rasa disayangi. Jejaka itu menghadirkan rasa buatnya. Rasa dilindungi membuatkan Hana benar-benar ingin memiliki jejaka itu. Untuk sekali sahaja dalam hidupnya, rasa malu diketepikan demi memiliki seseorang yang bernama Aiden Iskandar. Jejaka tampan ,dingin dan mempunyai sepasang mata yang boleh menggetarkan hati Hana Qalisya. Aiden Iskandar rimas dengan usaha gadis itu yang tidak berkesudahan. Sering dia katakan bahawa dia tidak selesa dengan tindakan gadis itu yang terang terangan mencuba mencuri hatinya. Hatinya masih menunggu Aisya yang pernah mendiami hatinya. Iskandar yang tidak pernah mengungkapkan rasa hatinya yang sebenar pada Aisya menyebabkan mereka tetap berada dalam hubungan persahabatan. Kalau sudah sayang, Hana memaksimumkan usahanya sehingga dia dan Iskandar terikat dengan ikatan petunangan. Namun, sekuat apa pun Hana , dia tetap hancur apabila perasaannya dianggap mudah. Hana nekad mengundur diri dan menjauhkan diri dari Iskandar untuk kebaikan mereka berdua. Hana mula mencari dirinya sendiri dan mula membaiki diri dan mencari cinta Tuhan yang hakiki. Apabila Iskandar mula menyedari perasaannya yang sebenar, dia mencuba memulihkan hubungan mereka semula. Di saat Hana sudah redha dan menjadi dirinya yang lebih baik, Iskandar muncul kembali seolah olah mahukan Hana semula. Hana menjadi keliru dan enggan untuk melibatkan perasaannya lagi. Sejauh mana Hana berlari dan menolak, Iskandar tetap mengejar dan meyakinkan. Apakah pengakhiran hubungan mereka? Bagaimana pula dengan perasaan Aisya?
All Rights Reserved
#326
sweet
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • RIYANARA | YOU'RE THE ONE
  • Bahagia Yang Aku Tunggu
  • Bukan Aku (Complete)
  • MI CUORE (OG)
  • MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (C)
  • Endless √
  • PELUANG KEDUA
  • Dear Kayyisa ©️

[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau dahulu, di dalam dinginnya dia masih murah dengan senyuman. Namun, selepas kejadian itu, sukar sekali untuk melihat senyumannya. Kalau ada pun hanya senyuman sinis. Baginya, senyumannya telah hilang sebaik sahaja jasad tunangnya berpisah dari roh. Dia telah bernekad untuk membalas dendam atas perbuatan orang yang diyakini membunuh tunangnya itu. Baginya, orang yang melanggar tunangnya tidak berhak bahagia. ARALYN HUSNA Seorang gadis yang ceria, lemah lembut, cantik, pandai dan mudah disenangi ramai. Suka membantu orang sekeliling membuatkan dia sangat disayangi. Namun, satu tragedi telah memaksa gadis itu membawa diri ke tempat orang. Dua tahun dia di Singapura, akhirnya dia pulang ke tanah air untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sahabatnya. Kepulangannya menjadi berita gembira apatah lagi di saat dia menyatakan bahawa kepulangannya itu adalah selamanya. Pertemuan RIYYAN AQASHAH dan ARALYN HUSNA merubah kehidupan dua insan itu. Hidup ARALYN menjadi lebih rumit apabila dia dilamar oleh RIYYAN tanpa pengetahuannya. Perkahwinan yang berpunca dari dendam membuatkan gadis itu dimaki, dihina dan dijadikan tidak ubah seperti seorang hamba. Namun, di saat hati mulai menerima, satu tragedi telah menimpa ARALYN membuatkan gadis itu menghidap amnesia. Perubahan layanan dan sifat gadis itu membuatkan RIYYAN berasa kehilangan yang lebih berat berbanding kehilangan tunangnya dahulu. Pelbagai cara dilakukan untuk menangi hati si isteri semula. Mampukah RIYYAN meraih cinta si isteri semula atau kata pisah menjadi pengakhiran? *** Diinspirasikan dari drama bersiri Thailand yang bertajuk "kluen chewit" tetapi banyak yang diubah. ----- START: 1/11/2021 PUBLISH: 29/01/2022 END: 11/07/2022

More details
WpActionLinkContent Guidelines