21 Bölüm Devam ediyor [Book 3]
[Cover by: @yyouraphrodite]
Eman Hadif × Nadra Ufairah
Eman Hadif, seorang ustaz dan juga pensyarah di satu university terkenal di Malaysia. Dia amat terkenal dengan wajah tampannya, tutur kata yang lemah lembut dan juga cara mengajar dalam kelas mengajinya. Dia tinggal bersendirian di bandar namun dia juga tinggal bersama umi dan abahnya apabila dia balik ke kampungnya. Pendiriannya adalah sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi oleh Allah malah tidak mencari akan perihal jodoh sampai sudah tiba masanya.
Nadra Ufairah, seorang penuntut di tempat university yang sama dan dia mengambil bidang Matematik. Dia juga amat terkenal dengan sikap baiknya, suka menolong dan yang paling penting kecantikkannya yang terserlah di wajah mulusnya itu. Dia tinggal bersama mommy, daddy dan abang sulungnya dan disebalik kebahagiaan itu, dia sehabis baik membalut hatinya yang terluka itu.
Permulaan perjumpaan mereka adalah ketika Eman Hadif menjadi pengganti pensyarah bagi kelas Matematik Nadra Ufairah dek kerana pensyarah perempuannya itu sedang 'maternity leave'.
---
"M-maaf lambat, sir" - Nadra Ufairah
"Takpa, silakan duduk dulu" - Eman Hadif
"Nyah, kenapa kau panggil dia sir?" - Sofea Andreanna
"Laah kan dia pensyarah kan? Anyway dia pengganti pensyarah kita ke?" - Nadra Ufairah
"Haah, pengganti pensyarah kita dan panggilan kau tu harus ubah ek....dia tu bukan sir tapi ustaz nyah" - Sofea Andreanna
"HAH?!" - Nadra Ufairah
---
Sejak kejadian itu, Nadra terus menukar panggilannya kepada Eman dengan gelaran 'ustaz'. Malah asal saja berinteraksi bersama Eman , perasaan awkward dan segan selalu ada di lubuk hatinya. Eman pula merasa tindakan Nadra itu telah mencuit hatinya yang bujang itu.
Start: 10-09-24
Finish: ???
Blurb penuh inside ‼️
Maaf jika ada kesalahan bahasa 🙏🏻
Idea author sendiri ‼️
Don't plagiarism ‼️