Luna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang, Luna tumbuh menjadi seorang yang berjaya. Rupanya seindah nama, bakatnya tidak boleh dipandang rendah, sentiasa menjadi bualan para penggemar industri tanah air. Siapa sahaja tak kenal Luna Tihani. Namun, sangkaan Luna tentang populariti diri meleset apabila bertemu seorang lelaki.
"Nampak tak papan iklan yang besar itu. Perempuan itu ialah aku. Aku , Luna Tihani, antara pelakon terbaik di Malaysia."
"Kalau betul kau pelakon, aku rasa kau kena berusaha keras sedikit, sebab ada lagi manusia yang tak pernah tengok kau."
Hafiz Malik- Seorang inspektor di jabatan jenayah yang sedang menyiasat satu pembunuhan kes bersiri. Dalam masa yang sama juga, dia ditugaskan untuk menyelesaikan kes bunuh Datin Seri Zaitun yang juga merupakan nenek angkat kepada Luna Tihani.
"Ikut aku ke balai. Kau ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Datin Seri Zaitun"- Hafiz Malik
Luna Tihani menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas. Kerana itu juga, kariernya hampir hancur.
Tiga tahun kemudian, takdir menemukan kembali Luna Tihani dan Hafiz Malik. Kali ini, Luna nekad, dia perlu segera bertindak sebelum terlambat. Dia ingin bahagia buat kali terakhir.
"Aku nak mati sebagai isteri kau. Aku disahkan menghidap kanser otak dan doktor kata aku hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja.
"Selama ini, hanya aku yang selalu ditinggalkan. Kali ini, aku akan jadi orang yang meninggalkan. Aku nak pergi dengan tahu bahawa ada orang yang akan meratapi kematian aku nanti. Orang itu ialah....kau....."
In your time....Luna ingin hidup dalam waktu yang berputar buat Hafiz. Mampukah Luna merasa bahagia seperti yang dia inginkan? Adakah ada cinta di hati Hafiz buat Luna?
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila
Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya.
"Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya-
"Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih-
"Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya-
"Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih-
Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.