In Your Time - Complete ✅
  • Reads 48,668
  • Votes 1,781
  • Parts 43
  • Reads 48,668
  • Votes 1,781
  • Parts 43
Complete, First published Dec 02, 2023
Luna Tihani - Seorang pelakon terkenal dan berpengaruh di Malaysia. Walaupun membesar tanpa kasih sayang seorang ibu yang secara tiba-tiba menghilang, Luna tumbuh menjadi seorang yang berjaya. Rupanya seindah nama, bakatnya tidak boleh dipandang rendah, sentiasa menjadi bualan para penggemar industri tanah air. Siapa sahaja tak kenal Luna Tihani. Namun, sangkaan Luna tentang populariti diri meleset apabila bertemu seorang lelaki.

"Nampak tak papan iklan yang besar itu. Perempuan itu ialah aku. Aku , Luna Tihani, antara pelakon terbaik di Malaysia." 

 "Kalau betul kau pelakon, aku rasa kau kena berusaha keras sedikit, sebab ada lagi manusia yang tak pernah tengok kau."

Hafiz Malik- Seorang inspektor di jabatan jenayah yang sedang menyiasat satu pembunuhan kes bersiri. Dalam masa yang sama juga, dia ditugaskan untuk menyelesaikan kes bunuh Datin Seri Zaitun yang juga merupakan nenek angkat kepada Luna Tihani.

"Ikut aku ke balai. Kau ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Datin Seri Zaitun"- Hafiz Malik

Luna Tihani menjadi mangsa tuduhan yang tidak berasas. Kerana itu juga, kariernya hampir hancur. 

Tiga tahun kemudian, takdir menemukan kembali Luna Tihani dan Hafiz Malik. Kali ini, Luna nekad, dia perlu segera bertindak sebelum terlambat. Dia ingin bahagia buat kali terakhir.

"Aku nak mati sebagai isteri kau. Aku disahkan menghidap kanser otak dan doktor kata aku hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja.

"Selama ini, hanya aku yang selalu ditinggalkan. Kali ini, aku akan jadi orang yang meninggalkan. Aku nak pergi dengan tahu bahawa ada orang yang akan meratapi kematian aku nanti. Orang itu ialah....kau....."

In your time....Luna ingin hidup dalam waktu yang berputar buat Hafiz. Mampukah Luna merasa bahagia seperti yang dia inginkan? Adakah ada cinta di hati Hafiz buat Luna?
All Rights Reserved
Sign up to add In Your Time - Complete ✅ to your library and receive updates
or
#3cintapertama
Content Guidelines
You may also like
ADAKAH MASIH CINTA by qtprinc3ss
44 parts Complete
Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan akad nikah tiba-ii digantikan dengan adiknya, Megat Haneef. Megat Hakeem dikatakan hanya mempermainkan perasaan Farrahani. Lelaki itu terpaksa berbohong demi kebaikan dan masa depan yang baik buat wanita yang sangat dicintainya. Megat Haneef yang memegang amanah abangnya berlaku khilaf. Seorang isteri yang sepatutnya disanjung tinggi, dicela dan dipukul. Megat Faris cuba menyedarkan Megat Haneef yang berlaku kejam pada isteri sendiri. Megat Haneef yang baru menyedari kesilapan dirinya mula memberi kasih sayang serta kelembutan buat isteri. Wanita yang sebelumnya dipukul dan dibuli kini dibelai lembut. Namun bahagia mereka hanya sementara apabila kekasih Megat Haneef kembali ke tanah air menuntut janji. Atas desakan Farrahani, Megat Haneef akur. Rumah tangga bersama kekasihnya, Elliey dibina. Farrahani dianggap orang gaji dan mereka tinggal sembumbung. Malangnya, rahsia yang disimpan tidak kekal lama apabila hubungan Megat Haneef dan Elliey diketahui Elliey. Farrahani didera dan difitnah Elliey menyebabkan Megat Haneef mula ragu. Kemalangan yang menyebabkan Megat Haneef lumpuh kini membuka kembali matanya. Namun, tidaklah mudah untuk menegakkan kepercayaan apabila bukti berada di depan mata. Farrahani yang hamil diperlakukan kejam oleh Elliey sehingga wanita itu keguguran. Farrahani bertekad keras. Elliey harus terima balasannya. Segala baiknya tidak dihargai jadi perlu apa lagi dia berbuat baik? Elliey dikerjakan sepuas hati sehinggalah kebenaran fitnah yang lalu terbongkar. ⚠️ 2018 copyright
SHE IS MRS.ADDYAN (C) by kim_asyr
47 parts Complete
ᥫ᭡Karya kedua- Kim Asyr Tengku Addyan Zareef | Aisya Raihana "Kau ni memang suka potong barisan orang ekk?" - Tengku Addyan Zareef "Encik cakap ngan saya ke? Maaflah saya dengar lagu tadi. Saya tak pekak, telinga saya masih elok lagi dan pendegaran pun masih kuat. Saya rasa encik yang pekak kot sebab orang belakang encik panggil encik dari tadi kot tapi encik tak dengar. Batter encik pergi dengar apa yang orang belakang encik nak cakapkan." - Aisya Raihana Sejak pertempuan yang singkat itu Aisya ingin lupakan dalam kepala otaknya tapi tak boleh bila mereka sekali lagi bertembung di rumah ibu kawan baik dia. Lagi buat dia terkejut dan tak sangka bila lelaki itu adalah adik kepada suami kawan baiknya. "We meet again beautiful lady" - Tengku Addyan Zareef Dia cuba untuk melarikan diri dari lelaki itu tapi apakan daya bila lelaki itu lebih cepat buat kerja dan tau apa yang dia ingin cuba lakukan. Bila selalu berjumpa mulalah satu perasaan muncul dalam diri mereka. "I will not leave you. I love you mi amor" - Tengku Addyan Zareef Tiada siapa yang berani menghancurkan kebahagiaan yang mereka bina selama ini. Mereka hidup bahagia dan aman sampailah satu hari "DIA" datang untuk menhancurkan kebahagiaan mereka berdua. Satu demi satu rahsia yang disimpan elok oleh Tengku Addyan terbongkar. "Aku akan hancurkan kebahagiaan korang" - X "Ceraikan aku" - Aisya Raihana "Aku tak akan ceraikan kau walau apapun terjadi" - Tengku Addyan Zareef Mampukah mereka berdua hidup bahagia seperti dahulu? Adakah bahagia yang mereka bina semula akan kekal selamanya? Writen by Kim Asyr [ Comedy + Romance ] Start : 13/1/2024 End : 20/10/2024 Note :- *Warning!!! Don't copy 100% my story! *Thank you reader's kerana sudi baca story kedua saya. Saranghae❤
My Soul by nysdhh
63 parts Complete
" I'll protect you. Macam mana awak lindungi saya, i'll protect you too. I care about you" - Rycca Atma. " Tak. Kau lindungi diri kau. Untuk aku. Nyawa kau, nyawa aku. Kau..pelindung nyawa aku..jiwa aku.." - Ryan Assyraf. Gadis itu..hidupnya musnah apabila ayahnya melakukan perbuatan keji padanya. Usianya masih 14 tahun ketika itu. Pemergian ratu hatinya membuatkan dia terasa dunianya gelap. Tiada makna. Ayahnya meninggal dunia dua minggu selepas maknya pergi. Gembirakah? Masih belajar, bekerja separuh masa di bakeri kakaknya. Mencari duit. Rakan pun tiada. Dan..si dia muncul untuk melindungi nya? Sejak Carl meninggalkan dia, sikapnya berubah. Tidak seceria dahulu. Impak yang sangat besar. Sudah bertahun berlalu, dia masih tidak dapat lupakan insiden itu. Tragis. Masih seorang hacker THE JARC. Memburu, membunuh, melawan dan sebagainya. Dan sikapnya bertukar apabila menemui si dia. Menawarkan diri sendiri untuk melindungi wanita itu apabila mengetahui masalahnya. Tidak boleh tidak. Kerana dia sudah terbabit. Dan..ya. Dia jatuh hati. Dia harus melindungi wanita itu. Wanita itu nyawa nya. Wanita itu..pelindung nyawa nya..jiwanya. " Kau kena rasa. Kau kena dapat. Kau kena rasa apa yang aku rasa!!!" Si antagonis pula tidak henti memburu. Sesiapa yang menghalang pasti akan 'dicantas'. " Roses are red, violets are blue, a face like yours, belongs in the zoo!" - Ryan Assyraf " Zoo?! Sampai hati.." - Rycca Atma Apa pengakhiran kisah ini? Adakah diakhiri dengan sinar bahagia atau lelehan darah mengiringi? ( lehhh ayat ) [ completed ] ⚠ my original ideas ⚠ no copy n paste ⚠ very very an ordinary story. don't high expectations Thanks for reading. Gorgeous cover by @AizackMesle 2nd ( August 2020 )
Takdir Yang Istimewa by Missnrsai
57 parts Complete
1st New Generation Series Also known as: The Special Date Tengku Farahani dan Afiq Naufal berkawan rapat sejak kecil lagi. Ibu mereka berkawan baik. Sampaikan mengandung sekali, bersalin pun sekali. Secara tak sengaja, mereka pun menjadi kembar yang berlainan ibu bapa. Tengku Farahani sedikit teruja apabila mendengar khabar bahawa Afiq Naufal akan pulang ke Malaysia. Setelah 3 tahun dia tidak berjumpa lelaki itu. Kalau disuruh jujur, dia akan mengaku yang dia memang rindukan Afiq Naufal. Di usia 24 tahun, Tengku Farahani akan berkahwin dengan tunangnya iaitu Azri. Tengku Farahani memilih tarikh lahirnya sebagai tarikh untuk dia diijab kabul. "Kenapa kau pilih tarikh lahir kau sebagai hari kau nikah? Kau lupa ke tarikh lahir kita sama? Takkanlah setiap kali birthday kita, aku kena ingat tarikh anniversary kau sekali?" -Afiq Naufal. Kepulangan Afiq dari Perth bukan saja memberi kegembiraan buat Tengku Farahani. Tetapi membawa nasib malang. Tengku Farahani terlibat dalam kemalangan yang berpunca daripada Afiq Naufal sehingga menyebabkan gadis itu lumpuh. Ditinggalkan oleh tunangnya sendiri membuatkan Fara membenci Afiq Naufal. Bagi Tengku Farahani, Afiq Naufal punca Azri tinggalkan dia. "Kalau dia taknak jaga kau, biar aku yang jaga kau," -Afiq Naufal. "Aku dah benci kau Afiq. Kau ingat aku nak ke terima kau?"- Tengku Farahani. Afiq Naufal tak kisah. Asalkan dia dapat tebus semula segala kesalahannya. Dia punca Tengku Farahani lumpuh. Dia mahu bertanggungjawab. Dia akan menjaga Tengku Farahani. "Kalau kau kahwin dengan Fara, macam mana dengan Lydia? Macam mana dengan janji kau pada Lydia?" -Eriq Haiyan. Lydia Qairina, kekasih Afiq di Perth. Sudah 3 tahun dia bercinta dengan Lydia. Tetapi setiap kali memikirkan tentang Fara, buat dia rasa bersalah. Dia sanggup korban hatinya. Tapi mampukah Fara menerima Afiq? Jika Afiq berkahwin dengan Fara, bagaimana pula dengan Lydia?
UNKNOWN  by CIK_ZALIKHA
39 parts Ongoing
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
You may also like
Slide 1 of 9
Bunga Aurellia - Cinta dalam diam. cover
Teruntuk Cinta [C] cover
ADAKAH MASIH CINTA cover
HEALER  cover
Leo's Addiction  | Completed  cover
SHE IS MRS.ADDYAN (C) cover
My Soul cover
Takdir Yang Istimewa cover
UNKNOWN  cover

Bunga Aurellia - Cinta dalam diam.

9 parts Ongoing

Crush, sahabat dan keluarga. Bunga lahir dari keluarga kecil yang bahagia, awalnya. Kehadiran Zara menjadi sahabat yang paling Bunga sayang. Namun angkara Adeeba, Bunga terpaksa memegang luka dalam perjalanan menuju alam dewasa. "Jangan salahkan Mama saya. Za.. Zara yang salah." - Bunga Aurellia "Zara tu jahat. Perempuan jahat dan tak dengar kata macam Zara memang patut dipukul." - Bunga Aurellia Lelaki yang Bunga jadikan crush dalam diam muncul sebagai hero untuk melindungi Zara dari Bunga dan keluarganya. "Zara boleh bantu. Tapi Ghib kena ada disisi Zara setiap kali Zara jumpa mereka. Ghib akan lindungi Zara. Sehujung kuku pun Ghib tak kan biarkan mereka sakiti perempuan yang Ghib cinta." - Megat Ghibran Kaydar Namun meningkat dewasa pertemuan demi pertemuan memaksa Bunga menahan setiap hinaan yang dilemparkan Ghibran. "Balik Zara. Kehadiran Zara dekat sini tak dialu-alukan oleh mereka. Zara tak payah baik hati nak tolong keluarga jahat ni lagi. Ghib tak benarkan!" - Megat Ghibran Kaydar Ketamakan Adeeba membuat Bunga makin dihina. Ketenangan hidupnya direnggut. Kesusahan hidupnya dijadikan candaan. Ghibran masih menyimpan benci padanya. Sebagai pelindung Zara, Ghibran tak biarkan Bunga hidup tenang. EBOOK AKAN TERBIT BULAN MAC 2025. :)