Cerita ini merupakan sambungan kepada novel Misi Detektif Fateh: Perang Mental, juga sambungan bagi komik Misi 4 Flat X dan Misi Kimia. Dalam Perang Mental, Fateh dan kawan-kawan berjaya memberkas Didi Amin atas bantuan Kimi. Sebagai timbal balik, mereka berjanji membantu Kimi mengesan Cikgu X. Cerita Sherlock vs Lupin ini menceritakan bagaimana Fateh dan kawan-kawan membantu Kimi mencari Cikgu X yang telah lama hilang secara misterius. Dalam pada itu, bapa saudara Iskandar telah membeli berlian terbesar di dunia yang bernilai jutaan ringgit. Tidak lama kemudian, bapa saudara Iskandar mendapat surat layang daripada seseorang bernama 'Lupin'. Lupin meminta diserahkan berlian itu kepadanya, atau jika tidak, berlian itu akan diambil secara paksa. Mengetahui situasi ini, Iskandar, Fateh dan rakan-rakan berjanji melindungi berlian itu daripada dicuri. Mereka dibantu oleh seorang rakan Internet genius yang menggelar dirinya sebagai 'Sherlock'. Maka bermulalah 'perang mental' antara pasukan 'Sherlock' dan 'Lupin'!
6 parts