Reminder : Update sekali seminggu. GOLD RETRIEVER x BLACK CAT Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gadis yang inner child-nya tersakiti. Setiap perilaku sentiasa dipertikai sampaikan satu tahap, dia terlalu dewasa semasa kanak-kanak lain sedang sibuk dalam dunia remaja. Bercinta. Berfoya-foya. Bersosial. Belajar membuat kesilapan. Hidupnya cuma berpaksikan arahan orang tuanya. Kisah ini ditulis semula dari kisah seorang gadis yang dia rasakan hidupnya terlalu teguh berdiri sendiri- sampaikan dia sentiasa berada dalam fasa tidak mahu bercinta lagi. Kerana apabila dia sudah mula bercinta, mungkin dirinya tidak mampu lagi untuk berdiri seteguh sebelum ini- tapa berada di sisi si dia yang bergelar kaum Adam. Kisah ini ditulis dari- Dari kisah gadis yang merasakan dirinya tidak layak untuk sesiapa pun. Baik dijadikan teman hidup mahupun sekadar teman baik.