Putusnya hubungan mereka membuatkan Azfa Natasha membawa diri ke France, ke tempat keluarga ayahnya. Di sana, dia terlalu sibuk menikmati waktu bersama keluarganya sehingga tidak pernah terfikir untuk mencari pengganti. Namun, kepulangannya ke Malaysia menemukan dia semula dengan bekas kekasihnya secara tidak sengaja. Pertemuan itu membuatkan Azfa sedar bahawa sebenarnya dia tidak pernah benar-benar membuang lelaki itu daripada hidupnya. Dia cuma terlupa tentang mereka buat sementara waktu. Mungkin, kali ini, Azfa Natasha akan "fall in love with the same man all over again."
More details