Tipikal kahwin tanpa rela, si pengantin larikan diri, kemudian terpaksa cari seseorang untuk menggantikannya, kalau tidak kena tanggung malu seumur hidup dan bla, bla, bla... semestinya adik-beradik yang kena tanggung.
Rasanya sudah boleh tukar nama kepada kahwin bidan terjun ataupun kahwin baton. Suka hati je nak lepas dekat orang. Hayla, seorang pensyarah muda yang berjaya menaikkan namanya di sebuah universiti berprestij. Seorang yang matang dan bertanggungjawab. Cerita demi cerita, Hayla dapat tahu yang adiknya mahu mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati.
Terkejut? Sepastinya. Tapi dia tidak menghalang. Pembetulan, dia cuba menghalang. Mana tidaknya jika lelaki yang dianggap tunang adiknya itu sudah lagak seperti gengster kampung!
"What are you? An addict?" - HAYLA.
"Muka ni nampak macam penghisap ke?" - UWAIS.
Bengang. Perangai tak seindah muka. Bukan Uwais saja, adiknya itu dua kali lima juga. Perangai tak boleh dijangka. Lagi tak dijangka apabila Hanim memilih untuk lari daripada perkahwinan sendiri.
"Kakak, tolong kami." - ENCIK BURHAN.
Bunyi seperti permintaan kecil seorang bapa terhadap anaknya, tapi siapa sangka permintaan itu mengubah seluruh kehidupan Hayla? Perkahwinan tanpa rela... bersama dia. Mampukah Hayla mencari kesempurnaan di dalam perkahwinannya? Atau hanya derita yang menunggu?
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea
Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael
Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea.
Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar.
Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing.
Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael
You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea
Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar.
Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.