Mengisahkan tentang seorang puteri yang diarahkan untuk mengahwini putera daripada kerajaan lain. Dia tidak mahu tetapi dipaksa oleh raja. Dia terpaksa akur dengan arahan raja dan dia pun bertunang dengan putera tersebut. Sehari sebelum hari pernikahannya, dia telah melarikan diri ke sebuah kampung dan menyamar sebagai pengemis disitu. Raja yang mengetahui puterinya telah melarikan diri, dia mengarahkan semua pengikutnya untuk mencari puteri. Mereka gagal menjumpai puteri tersebut kerana tidak mengenali puteri itu yang menyamar sebagai pengemis. Semasa puteri menjadi pengemis, seorang lelaki selalu memberikan makanan, duit kepada puteri dan membuatkan puteri tersebut jatuh cinta padanya. Beberapa minggu kemudian, puteri tersebut memberanikan diri untuk meluahkan perasaan kepada lelaki tersebut dan lelaki itu pada mulanya tidak menerima tetapi akhirnya dia menerima puteri tersebut kerana melihat keikhlasan puteri. Selama bercinta, puteri tidak memberitahu identiti sebenarnya kerana takut lelaki tersebut memutuskan hubungan yang jauh darjatnya. Adakah identiti puteri tersebut akan terbongkar? Adakah raja bakal menjumpai puteri? SAKSIKANLAH!!!