Disebabkan sebuah taruhan mempertemukan Farhan Ardiaz dengan seorang gadis yang bernama Hasya Adrina. "Nak bertaruh?" "Kita tengok sama ada dia akan suka kau ataupun tak." Siapa yang tidak kenal Hasya? Gadis yang agak terkenal dalam kalangan lelaki di universiti mereka kerana sikapnya yang dingin kepada lelaki. Tiada sesiapa yang berani mendekatkan diri kepada Hasya. Gerun. "Apa ni? Gila ke?" "Sebulan percubaan. Deal?" Taruhan gila yang pernah Farhan lakukan. Ambil masa yang lama Farhan cuba untuk dekatkan diri dengan Hasya. Lebih sukar daripada apa yang dia jangkakan. Perempuan lain mungkin telah tergoda dengan dirinya, namun tidak dengan Hasya. Seperti mencairkan kutub utara. "Can we talk for a second?" - Farhan Ardiaz "Apa motif kau nak berkenalan dengan aku?" - Hasya Adrina "I'm just into you." - Farhan Ardiaz Farhan akui Hasya mempunyai paras rupa yang cantik. Hampir Farhan tewas dengan taruhannya sendiri kerana muncul rasa suka terhadap Hasya. Tapi semua berubah apabila Hasya mendapat tahu perkara sebenar. "Am I just a doll to you?" "I give you my trust, Farhan Ardiaz!" - Hasya Adrina Penuh rasa menyesal Farhan rasakan dalam hati. Mampukah dia mengambil hati Hasya kembali?