21 parts Complete "Cinta, Jodoh, dan Bos yang Kacak."
Alya, seorang wanita berusia 30 tahun, menjalani hidup yang penuh warna. Namun, apabila keluarganya mula menjadikan soal kahwin sebagai agenda utama, hidupnya yang tenang mula kucar-kacir. Alya tidak pernah menyangka bahawa hatinya akan tergugat oleh Encik Zafril, bosnya yang kacak tetapi sering membuatnya geram. Siapa yang tidak pernah crush pada bos sendiri, kan? Meskipun Zafril kadang-kadang menyakitkan hati, Alya tidak boleh menafikan tarikan yang dia rasakan.
Tetapi hidupnya menjadi lebih rumit dengan kehadiran Mak Ngah yang sibuk menjadi match maker, serta Reez-lelaki dari masa lalunya yang muncul kembali untuk menyambung cinta yang terputus.
Dengan tiga lelaki dalam hidupnya dan tekanan keluarga yang semakin memuncak, Alya buntu mencari jawapan. Siapakah yang sebenarnya jodoh Alya?
"Oh Hujan bunga di Kuala Lumpur! Siapa bakal jodoh aku sebenarnya?" - Alya
🌷🌷🌷
UPDATE: Untuk pembelian ebook secara dalam talian, LINK SHOPEE ada di profile. Terima kasih 😊