[⚠️🔞Matured Content➕ Bahasa yang Tidak Sesuai kepada homophobic dan bukan bacaan umum❌ TIDAK untuk bawah umur 21 Tahun ❌ Jika sebarang kandungan menggorea perasaan pembaca, sila maklumkan kepada penulis]
Ada satu lagenda yang menjadi bisikan para kaum lelaki dewasa puak bahawa terletak di kaki Bukit Gajah Duduk terdapat seorang pertapa digelar Pengembala Belalai Gajah menjadi penjaga Hutan Gajahanda berkenaan dalam menjaga rahsia dan hikmat alam memperkasakan seorang lelaki menjadi pahlawan perkasa zahir dan batin. Al kisah tersebarnya lagenda itu apabila seorang jejaka puak bernama Indera yang telah bernikah bertahun-tahun tekad mencari Pertapa Pengembala Belalai Gajah dalam mengubati kejantanannya yang telah layu dek kerana perlawanan silat yang menentukan jaguh puak sehinggakan pernikahannya roboh dek kerana kejantanan tidak dapat memuaskan nafsu batin seorang perempuan. Kelemahan Indera sehingga dicurangi isterinya dengan Shah, rakan silat sekampung dan diejeknya sehingga melarikan diri ke hutan dek malu.